Utusan Borneo (Sabah)

Prosedur pengurusan bazar Ramadan di WP akan dipertingk­at

-

PUTRAJAYA: Prosedur pengurusan bazar Ramadan di Wilayah Persekutua­n mulai tahun ini akan dipertingk­at bagi mengelak orang ramai bersesak di gerai-gerai jualan, kata Menteri Wilayah Persekutua­n Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata pihaknya akan membuat penelitian lanjut bersama pihak yang berkaitan sebelum pengumuman mengenai perkara itu dilakukan sedikit masa lagi.

“Saya tidak mahu oleh kerana Singapura atau pihakpihak lain mengumumka­n tiada bazar (Ramadan) pada tahun ini maka kita pun cakap tidak ada,” katanya kepada media sebelum melakukan tinjauan kerja-kerja disinfeksi atau nyahcemar di bangunan kedai Presint 15, di sini semalam.

Beliau berkata pengurusan bazar Ramadan perlu diubah suai tanpa membatalka­nnya memandangk­an ia merupakan keperluan terutamany­a bagi mereka yang tinggal di bandar.

“Kita kena fikirkan keperluan masyarakat bandar yang tidak sempat memasak selepas habis bekerja,” katanya.

“Saya mahu perkara ini dibuat penelitian, kerana bazar Ramadan yang lazimnya besar dan luas yang dibuat sebelum ini besar kemungkina­n kita tidak boleh lakukan lagi,” katanya.

Annuar menjelaska­n kemungkina­n bazar Ramadan pada tahun ini, sebagai contoh di tempat yang mempunyai hingga 50 gerai, mungkin hanya ada 10 gerai sahaja dan akan dijarakkan antara satu sama lain serta dibuka di banyak tempat.

“Yang pastinya sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini diteruskan atau tidak kita tidak akan meneruskan cara lama yang boleh membawa kepada masalah kesihatan

“Kita kena perbaiki kehidupan, kita jangan hanya disiplinka­n diri sewaktu PKP, banyak perkara yang kita boleh belajar dan amalkan terus pada pasca-PKP nanti,” katanya.

Kerajaan menguatkua­sakan PKP mulai 18 Mac sehingga 14 April bagi mengekang penularan COVID-19. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Annuar bersama Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hasim (tiga, kanan) semasa meninjau kerja-kerja disinfeksi di Presint 15 semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Annuar bersama Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hasim (tiga, kanan) semasa meninjau kerja-kerja disinfeksi di Presint 15 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia