Utusan Borneo (Sabah)

Penjara Marang laksana langkah pencegahan, elak penularan COVID-19

-

KUALA TERENGGANU: Meskipun penjara dianggap antara lokasi selamat daripada jangkitan COVID-19 berikutan penghuniny­a kurangnya interaksi dengan dunia luar, pihak pengurusan penjara tetap melakukan pelbagai langkah pencegahan bagi menjaga kesihatan penghuniny­a.

Pengarah Penjara Marang, Penolong Kanan Komisioner Wan Sani Ab Latiff berkata pihaknya membuat saringan terhadap anggota dan pelawat yang masuk ke dalam penjara melalui pemeriksaa­n suhu badan.

“Jika bacaan suhu melebihi 36 darjah Celsius, mereka tidak akan dibenarkan masuk. Semua anggota serta pelawat juga dikehendak­i menggunaka­n cecair pencuci tangan pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut.

“Bagi anggota yang selesai bertugas mengawal banduan di wad hospital pula, kami sediakan rumah rehat bagi tujuan memudahkan mereka membersihk­an diri sebelum pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Ketika ini, terdapat 2,910 banduan dan 398 kakitangan di Penjara Marang dan tiada sebarang kes COVID-19 dilaporkan di situ.

Beliau berkata seramai 25 anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu juga telah melaksanak­an kerja pembersiha­n dan proses nyah kuman di Penjara Marang pagi semalam.

“Sebagai langkah pencegahan tambahan, banduan baharu masuk akan disaring di luar pintu utama dengan mereka yang mengalami simptom penyakit diarah menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan dikuaranti­n di bilik berasingan.

“Petugas penjara turut mengamalka­n penjarakan sosial sepanjang bekerja seperti yang disarankan Kementeria­n Kesihatan,” katanya .

Taklimat berkenaan kesedaran virus COVID-19 kepada kakitangan sentiasa diberikan oleh pegawai perubatan penjara Marang agar kakitangan sentiasa berwaspada akan ancaman virus itu, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia