Utusan Borneo (Sabah)

Zikir, baca al-Quran dan solat awal waktu jadi amalan warga emas 109 tahun

- TERTUA: Siti Mariam menunjukka­n kad pengenalan­nya.

KOTA BHARU: Sentiasa mengamalka­n zikir, memelihara wuduk, membaca alQuran dan menunaikan solat di awal waktu adalah antara amalan seorang wanita warga emas, Siti Mariam Jusoh, yang masih sihat walaupun kini usianya telah mencecah 109 tahun.

Siti Mariam yang menetap di Kampung Pasir Golok, Ketereh, berkata beliau bersyukur kerana dikurniaka­n Allah usia yang panjang dan masih boleh berjalan tetapi agak sukar kerana fizikalnya yang bongkok.

“Petua umur panjang yang menjadi amalan sejak muda ialah sentiasa berzikir sepanjang masa, duduk dalam wuduk dan terus solat apabila masuk waktu tanpa berlengah. Sebelum azan saya sudah berada di madrasah untuk solat jemaah lima waktu, tetapi sekarang hanya mampu solat di rumah kerana tidak larat untuk berjalan.

“Selepas solat, saya amalkan 1,000 zikir dan meratib, duduk di rumah selalu baca al-Quran, hafal 30 juzuk masa muda, tetapi buat masa ini hanya ingat surah Yasin,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Kisah Siti Mariam tular di laman Facebook semalam apabila beliau mendapat perhatian Ketua Balai Polis Ketereh, Subinspekt­or Mat Shaari Mahmud yang teruja bertemu warga emas tertua di Ketereh berusia lebih 100 tahun dan masih sihat semasa menjalanka­n rondaan di kampung itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19.

Menariknya, bukan hanya Siti Mariam sahaja yang berusia emas dan sihat tanpa sebarang penyakit, anak sulungnya Lijah Jusoh, 75, tinggal di kampung bersebelah­an dan anak kedua atau bongsunya, Saudah Jusoh, 72, yang tinggal bersamanya turut mempunyai kesihatan yang baik.

Siti Mariam berkata sekiranya tidak sihat, beliau hanya mengalami demam biasa sahaja, cuma sekarang pendengara­n dan penglihata­nnya sedikit terjejas.

“Orang zaman dulu suka makan ikan singgang, goreng kunyit, jarang benar makan ayam. Kalau ada ulam kami makan cicah budu dan ikan rebus atau bakar tawar.

“Tidur pun awal pukul 9 malam mulai mengantuk tetapi pukul 2 pagi sudah bangun buat kerja dapur sehinggala­h masuk waktu subuh, manakala pagi hari dan petang, sapu sampah di keliling rumah,” kata Saudah.

Menurut Saudah lagi, ibunya mempunyai lapan cucu dan 28 cicit, dahulu mengerjaka­n tanah padi dan getah semasa tinggal di Setiu, Terengganu, namun apabila arwah bapanya meninggal dunia lebih 20 tahun lalu, Siti Mariam pulang ke Kampung Pasir Golok dan diberikan Rumah PPRT.

Sementara itu, Mat Shaari berkata pihaknya sentiasa menjalanka­n rondaan di 66 kampung di kawasan Ketereh sejak PKP dikuatkuas­akan 18 Mac lalu.

“Kami mendapati masih ramai warga emas berusia hampir 100 tahun yang ada di kampung-kampung di sekitar Ketereh dan kami mendekati mereka yang sangat mesra dengan polis,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Mat Shaari (kiri) menyantuni warga emas Siti Mariam (kanan) bersama anaknya Saudah (tengah) ketika menjalanka­n rondaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Pasir Golok Ketereh dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Mat Shaari (kiri) menyantuni warga emas Siti Mariam (kanan) bersama anaknya Saudah (tengah) ketika menjalanka­n rondaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Pasir Golok Ketereh dekat Kota Bharu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KEKAL SIHAT: Siti Mariam (kanan) ditemani anaknya Saudah ketika ditemui Bernama.
— Gambar Bernama KEKAL SIHAT: Siti Mariam (kanan) ditemani anaknya Saudah ketika ditemui Bernama.
 ?? — Gambar Bernama ?? AMALAN: Siti Mariam (kanan) ditemani anaknya Saudah sewaktu membaca al-Quran.
— Gambar Bernama AMALAN: Siti Mariam (kanan) ditemani anaknya Saudah sewaktu membaca al-Quran.
 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Siti Mariam (kanan) bersama anaknya Saudah kelihatan ceria ketika ditemui Bernama.
— Gambar Bernama CERIA: Siti Mariam (kanan) bersama anaknya Saudah kelihatan ceria ketika ditemui Bernama.
 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia