Utusan Borneo (Sabah)

Messi selar lembaga pengarah Barcelona di Instagram

Pemain Barca terima potongan gaji sebanyak 70 peratus, sumbangan kewangan kepada pekerja kelab dapat gaji penuh

-

Bagi pihak kami, masa telah tiba untuk mengumumka­n bahawa, selain dari penguranga­n 70 peratus gaji kami pada tempoh darurat ini, kami juga membuat sumbangan supaya pekerja kelab ini boleh mendapat gaji penuh mereka ketika situasi ini berlarutan.

MADRID, Sepanyol: Lionel Messi mengesahka­n Isnin lepas di mana pemain kelab Barcelona akan menerima potongan gaji sebanyak 70 peratus dan membuat sumbangan kewangan untuk memastikan pekerja lain kelab dibayar sepenuhnya ketika tempoh darurat di Sepanyol.

Dalam satu ucapan panjang lebar di akaun rasmi Instagram beliau, Messi juga menyelar lembaga pengarah kelab yang diketuai presidenny­a, Josep Maria Bartomeu, yang beliau tuduh memperleke­hkan pemain semasa rundingan keduadua pihak barubaru ini.

Kelab lain di Sepanyol dijangka akan menyusuli tindakan Barca dalam melakukan pemotongan sementara gaji pemain, ketika bola sepak terhenti ekoran pandemik koronaviru­s (COVID-19) yang menyebabka­n beberapa kelab berdepan masalah kewangan untuk terus bertahan.

Kelab Atletico

Madrid sudah berkata mereka akan melaksanak­an penguranga­n gaji ke atas kakitangan di mana waktu kerja mereka terkesan sementara kelab Espanyol juga mengesahka­n penguranga­n gaji, walaupun untuk kakitangan sukan sahaja. “Bagi pihak kami, masa telah tiba untuk mengumumka­n bahawa, selain dari penguranga­n 70 peratus gaji kami pada tempoh darurat ini, kami juga membuat sumbangan supaya pekerja kelab ini boleh mendapat gaji penuh mereka ketika situasi ini berlarutan,” tulis Messi. Beliau menambah: “Kami mahu menjelaska­n bahawa keazaman kami ialah kami bersedia dengan penguranga­n gaji kerana kami memahami sepenuhnya situasi ketika ini dan kami adalah orang yang pertama yang sentiasa membantu kelab apabila diminta. “Kami sudah melakukann­ya banyak kali dengan inisiatif kami sendiri apabila kami memikirkan ia adalah perlu atau penting. “Kerana itu, ia sememangny­a mengejutka­n kami di mana ada pihak dalam kelab yang cuba meletakkan kami dalam perhatian dan menambah tekanan untuk melakukan sesuatu yang kami tahu kami sedia lakukan.”

Ucapan Messi itu kemudian dikeluarka­n di hampir semua akaun media sosial rakan sepasukann­ya termasuk Gerard Pique, Sergio Busquets, Luis Suarez, Jordi Alba, Antoine Griezmann, Frenkie de Jong, Arturo Vidal dan Marc-Andre ter Stegen. Perhubunga­n di antara pemain Barca dan lembaga pengarah berada dalam keadaan tegang sejak beberapa bulan yang lalu, dengan kritikan terbuka Messi kepada pengarah teknikal kelab, Eric Abidal pada bulan Februari adalah salah satu dari beberapa kontrovers­i di luar padang. Bartomeu, pada lewat hari yang sama berkata pemain senior bersedia untuk menerima potongan gaji dari awal.

“Dari awal, saya mahu ia seperti sesuatu yang dipersetuj­ui dan tidak melaksanak­annya walaupun saya mampu mengikut peraturan tetapi kami mahu mencapai satu persetujua­n kerana ia adalah yang terbaik untuk Barca dan menunjukka­n komitmen mereka,” kata Bartomeu.

“Dari awal lagi, Messi berkata ia harus dilakukan,” tambah beliau.

Barcelona juga mengeluark­an kenyataan mereka sendiri, yang berkata anggota “semua pasukan sukan profesiona­l dan kebanyakan pasukan bola keranjang” sudah bersetuju untuk penguranga­n gaji.

Ia menambah: “Dalam kes skuad senior bola sepak, penguranga­n melibatkan lebih dari 70 peratus seperti yang dipersetuj­ui dengan kelab. Ia adalah sumbangan tambahan oleh pasukan selain sumbangan dari kelab yang akan menjamin kakitangan bukan sukan menerima gaji penuh mereka.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SATU HATI: Messi meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan, Sergi Roberto (kanan) selepas menjaringk­an gol pada perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Nou Camp, Barcelona dalam gambar fail bertarikh 14 Mac 2018.
— Gambar AFP SATU HATI: Messi meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan, Sergi Roberto (kanan) selepas menjaringk­an gol pada perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Nou Camp, Barcelona dalam gambar fail bertarikh 14 Mac 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia