Utusan Borneo (Sabah)

Grealish memohon maaf secara terbuka kerana langgar garis panduan kerajaan UK

-

LONDON, England: Kapten kelab Aston Villa, Jack Grealish, membuat permohonan maaf secara terbuka Isnin lepas kerana melanggar garis panduan kerajaan United Kingdom (UK) untuk penjarakan sosial ketika polis membuka satu siasatan ke dalam satu insiden di mana sebuah kereta merempuh kereta yang diparkirka­n di tepi jalan.

Villa menyuaraka­n kekecewaan dengan Grealish dan berkata pemain berusia 24 tahun itu akan didenda dan bayaran itu akan didermakan ke sebuah hospital kanakkanak di Birmingham.

Polis West Midlands berkata mereka dipanggil pada hari Ahad ke alamat di Solihull, berhampira­n Birmingham di mana dua kereta yang diparkirka­n di tepi jalan mengalami kerosakan kecil.

Polis berkata pemandu yang melanggar kereta itu telah meninggalk­an maklumat beliau kepada orang awam sebelum meninggalk­an tempat kejadian dengan berjalan kaki.

“Saya hanya mahu membuat pesanan video untuk berkata bagaimana saya berasa amat malu dengan apa yang berlaku pada hujung minggu,” kata Grealish menerusi video yang dikeluarka­n dalam akaun rasmi beliau di Twitter.

“Saya mendapat panggilan dari seorang rakan untuk bersiar-siar dan saya secara bodohnya telah bersetuju. Saya tidak mahu orang lain melakukan kesilapan yang sama seperti saya, jadi saya menggesa semua orang untuk terus berada di rumah masing-masing dan mengikuti peraturan dan garis panduan apa yang telah diarahkan.”

Kerajaan British menguatkua­sa sekatan ke atas rakyatnya dan hanya dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli makanan dan ubat, perjalanan penting ke tempat kerja dan satu bentuk aktiviti sehari untuk membantu menangani penularan pandemik koronaviru­s (COVID-19).

“Aston Villa berasa sangat kecewa di mana salah seorang pemain kami tidak mengendahk­an garis panduan kerajaan untuk kekal di rumah semasa krisis COVID-19 ini,” kata Villa dalam satu kenyataan.

“Kapten kelab, Jack Grealish, telah menerima bahawa keputusan beliau keluar dari rumah adalah salah dan tidak wajar. Ia melanggar garis panduan kerajaan yang seharusnya dipatuhi oleh semua orang.

“Pemain akan diambil tindakan disiplin dan didenda dengan kutipan denda akan disumbangk­an ke Hospital Amal di Birmingham.”

Kurang 24 jam sebelum insiden itu, Grealish adalah sebahagian dari satu video merayu orang ramai untuk terus berada di rumah masing-masing semasa perintah kawalan pergerakan itu.

“Saya berharap semua orang boleh menerima permohonan maaf saya dan kita boleh meneruskan kehidupan selepas ini,” tambah Grealish. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia