Utusan Borneo (Sabah)

Zilina diletakkan dalam pembubaran kerana masalah kewangan

-

BRATISLAVA, Slovakia: Juara tujuh kali liga bola sepak Slovakia, MSK Zilina, diletakkan dalam pembubaran kerana masalah kewangan selepas musim dihentikan kerana pandemik koronaviru­s (COVID-19).

Kelab telah menamatkan kontrak 17 pemain yang enggan menerima terma pemotongan gaji.

“Pentadbir pembubaran kelab memecat pemain dengan gaji tertinggi dan mereka dengan kontrak yang akan berakhir pada musim panas ini atau musim sejuk akan datang,” kata kelab dalam satu kenyataan Isnin lepas.

“Kami melepaskan 17 pemain di mana gaji mereka adalah paling tinggi,” kata Rastislav Otruba, wakil undang-undang kelab.

Kelab sebelum itu meminta pemain menerima pemotongan gaji sementara untuk cuba menampung kerugian kewangan selepas musim terhenti.

“Cadangan mereka ialah mengurangk­an gaji kami sebanyak 80 peratus, sesuatu yang sangat banyak,” kata penjaga gol Dominik Holec menerusi laman sosial Facebook. Beliau berkata beliau “bersedia untuk berbincang” untuk penguranga­n gaji tetapi tidak dengan jumlah yang dicadangka­n oleh kelab.

“Kami menerima satu cadangan dari kelab dan kami tidak bersetuju. Bagaimanap­un, kami mahu mencapai satu persetujua­n. Kami tidak tahu kelab akan mengisytih­ar diri mereka muflis,” kata Miroslav Kacer, salah seorang pemain yang dipecat.

“Bajet 2020 kami berdasarka­n pendapatan yang kami jangka terima pada musim panas ini semasa tempoh perpindaha­n pemain. Hari ini, jumlah itu dijangka menghampir­i sifar,” kata kelab.

Bagaimanap­un, MSK Zilina menegaskan mereka akan masih dapat menamatkan musim jika ia akhirnya disambung semula. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia