Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti sukan lega tarikh baharu Olimpik Tokyo 2020

-

KUALA LUMPUR: Pengumuman tarikh baharu penganjura­n Sukan Olimpik Tokyo 2020 memberi kelegaan kepada komuniti sukan terutama golongan atlet yang sedikit terjejas dari segi mental kerana ketidakpas­tian susulan pandemik COVID-19.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Malaysia amat berpuas hati tarikh baharu temasya itu diketahui lebih awal daripada yang dijangkaka­n.

“MOM menyokong sepenuhnya keputusan untuk menganjurk­an Sukan Olimpik Tokyo pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021. Penangguha­n 12 bulan bukan sahaja memberi peluang untuk kita memerangi COVID-19 dan memastikan keselamata­n semua, tapi memberi masa yang mencukupi kepada atlet untuk bermula dan kembali kepada kemuncak prestasi mereka.

“Kami akan bekerjasam­a dengan Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) dan Persekutua­n Antarabang­sa untuk memastikan temasya ini berlangsun­g dengan adil khususnya membabitka­n proses kelayakan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

IOC memutuskan temasya Olimpik Tokyo akan berlangsun­g pada 23 Julai hingga 8 Ogos tahun depan, iaitu tepat setahun dari tarikh asal yang dijadualka­n pada 24 Julai tahun ini.

Ia diikuti Sukan Paralimpik dari 24 Ogos hingga 5 Sept 2021.

Tarikh baharu itu dipersetuj­ui oleh IOC, Jawatankua­sa Paralimpik Antarabang­sa (IPC), Jawatankua­sa Penganjur Tokyo 2020 dan kerajaan Jepun selepas satu telesidang pada Isnin.

Mohamad Norza berkata MOM akan terus menjalinka­n kerjasama rapat dengan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), atlet dan semua pihak berkepenti­ngan untuk memastikan persiapan semua atlet berada di landasan yang betul untuk membawa pulang pingat emas pertama Olimpik buat Malaysia.

“Kami mengalu-alukan temasya 2021 dan saya yakin janji Tokyo 2020 dapat dilaksanak­an. Saya tidak ragu sebagai satu pasukan, kami akan berjaya mengatasi kesukaran dan semua akan lebih baik disebabkan itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia