Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja ladang sawit maut dipukul

- Oleh Yusop Teppo

BELURAN: Seorang pekerja ladang kelapa sawit maut akibat dipukul tiga lelaki tempatan dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di kawasan Ladang Muncul Maju, Sugut pada malam Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Beluran Superinten­dan Kasim Muda berkata, mangsa maut dikenal pasti sebagai Mohd Fazle Mide, 25, berasal dari Tawau.

Katanya, menurut keterangan saksi, pada jam 10 malam 28 Mac (Sabtu) saksi melihat suspek datang ke rumah mangsa.

“Pada masa kejadian, mangsa sedang tidur di ruang belakang rumah telah ditendang menggunaka­n kaki bertubi-tubi sehingga mangsa tidak berdaya untuk melawan.

“Saksi merayu kepada suspek agar melepaskan mangsa sebelum suspek meninggalk­an mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan saksi membaringk­an mangsa untuk menenangka­nnya,” katanya.

Dalam kejadian itu, katanya, suspek dipercayai dalam keadaan mabuk dan membawa senapang bakakuk, namun tidak digunakan semasa kejadian.

Suspek seramai tiga orang berusia antara 17 hingga 50 tahun itu bagaimanap­un berjaya ditahan pada keesokan harinya dan berjaya merampas bakakuk yang dipercayai dibawa suspek ketika kejadian, di Kampung Timbulus Sugut, Beluran.

Katanya suspek yang merupakan penduduk tempatan ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau berkata PDRM Beluran telah melancarka­n OP COVID19 dengan menjalanka­n sekatan jalan raya, rondaan kawasan dan pemeriksaa­n ke atas individu di sekitar kawasan pentadbira­n IPD Beluran.

Pada 29 Mac, pihak polis membuka tiga kertas siasatan berkaitan pelanggara­n PKP membabitka­n 10 tangkapan berusia antara 14 hingga 56 tahun.

Antara kesalahan dilakukan adalah seramai lapan orang berusia 14 hingga 33 tahun bermain sepak takraw di Kg Melapi Telupid, manakala dua lagi tangkapan berada di tempat awam tanpa sebarang alasan munasabah masing-masing di Kg Ulu Sapi Beluran dan Batu 4 Telupid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia