Utusan Borneo (Sabah)

65.6 peratus penduduk Pulau Gaya jalani pemeriksaa­n COVID-19

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sekitar 65.6 peratus penduduk Pulau Gaya di sini menjalani pemeriksaa­n COVID-19 dalam operasi bermula 28 hingga 30 Mac lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi berkata, sebanyak 1,600 sampel diambil semasa aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit COVID-19 di kawasan berkenaan.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ingin mengucapka­n syabas dan tahniah kepada anggota Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu yang bertungkus-lumus melaksanak­an aktiviti itu.

Pada masa sama, pihaknya turut merakamkan penghargaa­n atas sokongan padu dan kerjasama yang diberikan Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan RELA sepanjang operasi dijalankan.

“Sehingga 30 Mac 2020, terdapat empat kes COVID19 baharu dilaporkan di Sabah menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 201 kes.

“Tawau merekodkan jumlah tertinggi dengan tiga kes baharu dan Kota Kinabalu dengan satu kes baharu.

“Jumlah kes positif COVID-19 tertinggi direkodkan di daerah Tawau dengan jumlah sebanyak 60 kes diikuti Lahad Datu 34 kes dan Kota Kinabalu 29 kes,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, sebanyak 23 pusat kuarantin dibuka dengan penambahan dua lokasi baharu iaitu Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Tawau dan Asrama Linawa Kompleks Sukan Ranau.

Menurutnya, seramai 809

orang ditempatka­n di pusat kuarantin dan lapan orang dibenarkan pulang pada 30 Mac 2020.

Selain itu katanya, bilangan terkumpul dalam pemantauan perintah pengawasan dan pemerhatia­n kuarantin di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 sehingga 30 Mac 2020 adalah seramai 6,538 orang.

“Bilangan kontak rapat yang masih dalam perintah pengawasan dan pemerhatia­n JKNS adalah seramai 5,567 orang dan bilangan kontak rapat yang tamat tempoh kuarantin 14 hari adalah seramai 971 orang,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihaknya menegaskan semua individu terlibat wajib mengikut arahan kuarantin dan mengisi Borang Pengisytih­aran Kesihatan Kemasukan ke Sabah dengan jujur.

Christina berkata, orang awam dinasihatk­an untuk mendapatka­n maklumat yang sahih berkaitan COVID-19 menerusi laman Facebook Unit Promosi Kesihatan Negeri Sabah, Facebook Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) atau Telegram CPRC KKM.

“JKNS turut merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan negeri atas keprihatin­an dan sokongan dengan memberi sumbangan dana bantuan makanan kepada petugas di barisan hadapan COVID-19 bernilai RM1 juta,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia