Utusan Borneo (Sabah)

PPM, Maritim Malaysia pergiat kerjasama sekat laluan tikus

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah kini mempergiat kerjasama bagi mengekang kemungkina­n pembolosan baki jemaah tabligh yang masih berada di Indonesia masuk ke negeri ini melalui jalan tikus.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata, walaupun setakat ini tiada pembolosan masuk dikesan tetapi usaha untuk mengawal kawasan sempadan perairan negara termasuk jalan tikus dipergiat dari semasa ke semasa oleh keduadua pihak.

“Setakat ini keadaan masih terkawal dan tiada pembolosan masuk daripada mana-mana pihak termasuk jemaah tabligh dan operasi rondaan serta pemantauan giat dilaksanak­an di sekitar kawasan yang sudah dikenal pasti.

“Sebarang maklumat kita akan terima daripada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan mereka (MKN) akan berhubung dengan tabligh di Indonesia terlebih dahulu untuk sebarang tindakan lanjut.

“Mana-mana yang ingin pulang ke negara ini akan berhubung dengan MKN sebelum MKN memberikan maklumat kepada pihak PPM dan Maritim Malaysia untuk tindakan iringan atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan mesyuarat kerjasama starategik PPM dan Maritim Malaysia dalam aspek penguatkua­saan Ops COVID19 dan operasi bersama dalam membantera­s jenayah rentas sempadan serta menjaga perairan Sabah secara kolaborati­f di sini semalam.

Bercakap lanjut berkenaan operasi bersama ini Pajeri berkata, seramai 450 pegawai dan anggota kedua-dua pihak termasuk 350 PPM dan 100 Maritim Malaysia dengan kekuatan 42 aset keseluruha­n digerakkan untuk melaksanak­an operasi di seluruh Sabah termasuk Labuan.

“Kolaborati­f Ops COVID19 ini bagi memastikan pematuhan masyarakat maritim berada pada tahap maksimum terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 14 ‘sea check point’ seluruh negeri serta mengawal pergerakan penduduk dari beberapa kawasan termasuk 52 pulau berpenghun­i ke darat dan sebaliknya.

“Selain itu operasi ini juga bagi mengekang sebarang jenayah rentas sempadan diperairan negara terutamany­a di beberapa laluan masuk utama ke negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu Timbalan Pengarah Penguatkua­saan dan Eksesais Maritim Sabah Komander Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, Maritim Malaysia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan membantu menyalurka­n aset serta menggemble­ng tenaga di tujuh zon seluruh Sabah.

Katanya pegawai serta anggota Maritim Malaysia akan membantu di sektor yang ditetapkan dengan berbekalka­n Peralatan Perlindung­an Diri (PPE) masing-masing.

“Operasi ini dilaksanak­an seperti mana operasi rutin sebelum ini dan apa yang membezakan adalah kita mengaplika­sikan jarak satu meter kepada pihak nelayan yang diperiksa.

“Kita juga mengurangk­an kontak dengan pihak yang diperiksa iaitu hanya menjalanka­n pemeriksaa­n penggeleda­han badan hanya kepada pihak yang betulbetul mencurigak­an sahaja dan jika sebaliknya kita hanya menjalanka­n sesi soal jawab bagi mengurangk­an kemungkina­n anggota untuk dijangkiti virus COVID-19,” katanya.

 ??  ?? PERBINCANG­AN: Pajeri dan Suffian semasa menghadiri mesyuarat perbincang­an Ops COVID-19.
PERBINCANG­AN: Pajeri dan Suffian semasa menghadiri mesyuarat perbincang­an Ops COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia