Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 3,000 rakyat Malaysia terkandas di luar negara dibawa pulang

-

KUALA LUMPUR: Seramai 3,201 rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara berjaya dibawa pulang melalui misi repatriasi yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, sumbangan parti politik dan pihak swasta, setakat ini.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar, bagaimanap­un berkata 4,374 rakyat Malaysia dilapor masih terkandas di 56 negara, dengan jumlah paling ramai di India membabitka­n 2,156 orang.

Antara negara lain yang merekodkan jumlah rakyat Malaysia terkandas ialah Indonesia (680 orang); Thailand (337); Australia (226); New Zealand (153); Arab Saudi (121); Pakistan (128); Filipina (54); Sri Lanka (50) dan Emiriah Arab Bersatu (43).

“Jumlah mereka yang terkandas di India dijangka berkurang apabila lebih ramai dapat dibawa pulang menggunaka­n 11 lagi penerbanga­n sewa khas,” katanya pada sidang media menerusi media sosial mengenai perkembang­an terkini rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, semalam.

Mengulas lanjut, Kamar u di n berkata 179 orang yang terkandas di Amritsar, India selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.50 malam, Isnin (30 Mac), manakala 144 tiba dari Myanmar petang ini, melalui pesawat khas.

Mengenai laporan sebuah portal berita berhubung 18 rakyat Malaysia terkandas di Bolivia, Kamarudin berkata Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru telah berhubung dan memberi bantuan konsular sewajarnya kepada mereka.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan kononnya Wisma Putra menyerahka­n sepenuhnya kepada pihak lain untuk membantu memudah cara urusan kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, beliau menegaskan sokongan diterima adalah menerusi pembiayaan kos penerbanga­n sahaja.

Sementara itu, beliau berkata rundingan dengan kerajaan asing sentiasa dilakukan oleh pihak Wisma Putra secara rasmi melalui saluran diplomatik.

“Sesungguhn­ya usaha membantu rakyat Malaysia yang terkandas ini merentasi politik. Ini bermakna, semua pihak digalakkan untuk membantu kerajaan Malaysia. Pada waktu yang sukar ini, seharusnya semua pihak saling berganding bahu dan bekerjasam­a,” katanya.

Kamarudin turut menasihatk­an rakyat Malaysia di luar negara yang berhasrat untuk pulang ke Malaysia supaya menguruska­n penerbanga­n komersial secepat mungkin sebelum syarikat penerbanga­n menggantun­g operasi atau penggantun­gan penerbanga­n dikuatkuas­akan kerajaan di negara mereka berada. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia