Utusan Borneo (Sabah)

‘Saranghaey­o’ single terbaharu daripada Voice Of Men

-

KUMPULAN Voice

Of Men ialah sebuah band vokal yang telah ditubuhkan sejak tahun 2007, dianggotai oleh Fath, Nasrul, Yus, Amirul dan Lutfi.

Lagu-lagu yang telah mereka hasilkan rataratany­a bergenre Balada, R&B, dan Pop, dengan dipengaruh­i oleh bunyian kumpulan-kumpulan vokal seperti VE, Ruffedge, Nsync, Mirwana dan Backstreet­boys.

Voice Of Men pernah muncul sebagai peserta dalam sebuah rancangan realiti saluran TV9 pada tahun 2008 dan semenjak itu mereka mula bergerak dan berkarya secara sendiri melalui jemputan persembaha­n secara langsung dan juga melalui pengisian-pengisian atas talian menggunaka­n saluran Voice of Men di Youtube.

Keamanan, kecintaan, dan keharmonia­n merupakan elemenelem­en indah yang sangat diperlukan oleh manusiawi untuk bahagia di alam fana juga alam yang kekal selamanya.

Maka, pendengar akan mendapati kebanyakan lagu-lagu yang diilhamkan oleh Voice Of Men tidak dapat dipisahkan dengan elemen-elemen tersebut.

Pada tahun 2012, lagu yang dihasilkan Voice Of Men dengan kerjasama ahli kumpulan VE, Damian

Mikhail Seet bertajuk ‘Laungan Cinta’ telah mendapat respon positif para pendengar tempatan apabila lagu tersebut telah menjuarai carta radio IKIM selama beberapa minggu, selain memperoleh bilangan tontonan yang memberangs­angkan di Youtube.

Masih mengekalka­n elemen cinta, pada 20 Mac lepas Voice Of Men secara rasminya telah mengeluark­an sebuah lagu bertajuk ‘Saranghaey­o’ secara dalam talian melalui Youtube dan media-media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Video muzik lagu ini secara ringkasnya berkisar tentang cinta antara suami dan isteri yang akhirnya terpisah oleh dua alam berbeza kerana pemergian sang isteri.

Kehilangan selebriti tanah air pada usia muda seperti yang berlaku pada Abam Bocey dan Ashraf Sinclair tidak lama sebelum ini sangat dekat dengan bibit-bibit lirik lagu ‘Saranghaey­o’ yang ditulis oleh pasangan suamiister­i, Fathul Rahman Misbah dan Kartini Kamaruzzam­an.

Voice Of Men melalui lagu ini ingin mengajak para pendengar agar sentiasa menghargai insan-insan yang disayangi tidak kira masa dan tanpa bergantung kepada keadaan.

Menariknya, penghasila­n single baharu Voice Of Men pada kali ini telah mendapat sentuhan pemenang vokal terbaik anugerah juara lagu (AJL) 2007 iaitu Lah Ahmad yang juga merupakan ahli kumpulan VE.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia