Utusan Borneo (Sabah)

Pembuangan sampah di Kedah berkuranga­n 10 peratus: EXCO

-

ALOR SETAR: Jumlah pembuangan sampah di Kedah didapati berkuranga­n sebanyak 10 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa 18 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew berkata sebelum ini secara purata 1,500 tan sampah dibuang setiap hari, namun sepanjang tempoh PKP jumlah itu telah menurun kepada 1,300 tan sehari, dan jumlahnya dijangka terus berkuranga­n sehingga tamat tempoh perintah itu pada 14 April.

“Kalau lihat contoh, di Alor Setar sebelum ini 270 tan sampah dibuang dalam masa sehari tetapi sekarang jumlahnya turun kepada 243 tan sehari, jadi saya harap masyarakat dapat meneruskan perkembang­an baik ini dan tidak melakukan pembaziran, terutamany­a makanan.

“Saya juga minta supaya masyarakat mengambil peluang dalam tempoh PKP ini untuk membudayak­an cara mengurangk­an dan menguruska­n sampahsara­p dengan betul. Bagi perkhidmat­an kutipan sampah pula, ia berjalan seperti biasa sepanjang PKP untuk memastikan kebersihan terus terjaga,” katanya pada sidang media selepas taklimat Operasi Sanitasi Awam COVID-19 di sini, semalam.

Operasi yang dijalankan di sekitar daerah Kota Setar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah itu turut disertai Pengarahny­a, Sayani Saidon dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Kedah Zaidi Tuah.

Sementara itu, Tan berkata dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengambil inisiatif menyediaka­n sinki untuk membasuh tangan serta sabun pencuci tangan di beberapa pintu masuk pasar awam di sini.

“Pemasangan sinki dibuat di Pasar Simpang Kuala, Pasar Teluk Wanjah serta Pasar Besar Alor Setar, dan mungkin ia akan disediakan di pasar awam yang lain. Tetapi ia tidak akan dipasang di seluruh Kedah kerana ia terpulang kepada pihak pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah.

“Langkah-langkah pencegahan lain juga telah diambil oleh PBT, antaranya dengan menjalanka­n saringan suhu badan serta memastikan orang ramai menjaga jarak semasa membuat pembelian di pasar-pasar awam. Tetapi, apa yang paling penting ialah rakyat perlu mendisipli­nkan diri dengan menjaga kebersihan dan keselamata­n masing-masing,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia