Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan sedia bantuan makanan RM500,000

Untuk pelajar IPT ‘terkandas’ di Sabah sepanjang tempoh pelaksanaa­n PKP

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terkandas (tidak dapat balik kampung) di Sabah menerima sumbangan dana bantuan makanan Kerajaan Negeri bernilai RM500,000.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah Datuk Dr Yusuf Yacob berkata, Sabah Credit Corporatio­n (SCC) turut menyalurka­n sumbangan wang tunai sebanyak RM100,000.

“Semenjak awal penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, Kerajaan Negeri dan kementeria­n sangat prihatin terhadap kebajikan dan masalah pelajar kita.

“Kita tidak kira sama ada pelajar itu adalah Sabahan (orang tempatan) atau berasal dari Sarawak atau Semenanjun­g termasuk luar negara, jika berada di Sabah, kita akan bantu.

“Seramai 6,236 pelajar terkandas di UMS berikutan PKP, selain Kolej Politeknik serta Institut Pendidikan Guru (IPG) Gaya, Kent dan Tawau, selain IPT swasta,” katanya.

Dr Yusuf berkata demikian di UMS, di sini, semalam, yang dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dan Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin.

Mengulas lanjut, beliau berkata inisiatif itu dilakukan sebagai komitmen Kerajaan Negeri, kementeria­n dan Ketua Menteri membantu serta membela nasib pelajar-pelajar terlibat.

“Kerajaan Negeri juga sudah menyalurka­n bantuan RM200,000 kepada pelajar-pelajar Sabah yang terkandas di Sarawak, Semenanjun­g dan tempat lain,” katanya.

Beliau turut berharap bantuan kerajaan dapat membantu pelajar-pelajar terlibat mematuhi arahan penguatkua­saan PKP tidak keluar rumah dan mengelak jangkitan COVID-19.

Dr Taufiq berterima kasih dengan Kerajaan Sabah, kementeria­n, SCC dan penderma yang terlibat sama menyalurka­n bantuan untuk menampung keperluan pelajar-pelajar UMS.

“Bantuan sebegini amat bermakna dan amat dihargai, kita akan menjalin kerjasama lebih rapat lagi dalam semua bidang termasukla­h menjalanka­n latihan dalam industri,” katanya.

Untuk rekod, terdapat 3,016 pelajar UMS berada di Kampus Induk Kota Kinabalu, 1,155 lagi di Kampus Cawangan Labuan dan 223 di Kampus Cawangan Sandakan.

Setakat ini juga, seramai 1, 842 pelajar non-resident (menyewa rumah/bilik di luar kampus) di sekitar Kota Kinabalu berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS.

 ??  ??
 ??  ?? PRIHATIN: Dr Yusuf menyerahka­n replika cek sebagai simbolik bantuan dana RM500,000 daripada Kerajaan Negeri kepada pelajar-pelajar IPT yang diwakili Dr Taufiq.
PRIHATIN: Dr Yusuf menyerahka­n replika cek sebagai simbolik bantuan dana RM500,000 daripada Kerajaan Negeri kepada pelajar-pelajar IPT yang diwakili Dr Taufiq.
 ??  ?? BANTUAN: SCC turut menyerahka­n bantuan dana bernilai RM100,000 untuk pelajar-pelajar IPT di Sabah.
BANTUAN: SCC turut menyerahka­n bantuan dana bernilai RM100,000 untuk pelajar-pelajar IPT di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia