Utusan Borneo (Sabah)

Empat bandar utama di Sabah lengang

Secara umumnya, majoriti masyarakat mematuhi arahan PKP, duduk di rumah

- Oleh Vivi Olviana Najurus, Yusop Teppo, Noorasvill­aMuhamma,HamzahSanu­din dan Norwahida Yamaluddin

KOTA KINABALU: Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua pada Rabu, menunjukka­n semakin ramai masyarakat mematuhi arahan untuk duduk dalam rumah dan tidak keluar tanpa urusan perlu.

Tinjauan Utusan Borneo di empat bandar utama – Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu – menunjukka­n kawasan tumpuan yang biasanya sesak sebelum ini, kelihatan lengang tanpa pengunjung.

Hasil tinjauan semalam juga mendapati kebanyakan premis perniagaan tidak beroperasi kecuali yang menjual barangan keperluan harian.

Orang ramai yang berkunjung ke pasar dan pasar raya turut mengamalka­n konsep penjarakan sosial selain mengenakan topeng penutup mulut dan hidung.

Sebahagian pusat belibelah, pasar raya dan kedai turut melakukan pemeriksaa­n ke atas pengunjung sebelum dibenar memasuki premis perniagaan mereka, selain tangan turut disembur dengan cecair pembasmi kuman.

Di KOTA KINABALU, pergerakan penduduk sekitar sini dilihat mula berkuranga­n berdasarka­n tinjauan di Jalan Kepayan iaitu laluan utama ke pusat bandar dari arah Putatan dan daerah sekitarnya.

Hanya beberapa kenderaan dilihat melalui jalan utama terbabit dan semasa disoal oleh pasukan polis, pergerakan mereka disebabkan tugas yang tidak dapat dielakkan berikutan pengguna jalan itu adalah dalam kalangan pekerja yang bekerja dalam perkhidmat­an perlu (essential services).

Segelintir pengguna juga mendakwa dalam perjalanan pulang dari menyelesai­kan urusan pembayaran bil dan seumpama berikutan masa ini adalah tempoh awal bulan bagi urusan terbabit.

Keadaan ini bersesuaia­n dengan kenyataan daripada Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Zaini Jass yang mengatakan pematuhan penduduk sini semakin memberangs­angkan dan positif iaitu berada pada 96 peratus dalam usaha bersamasam­a mencegah penularan COVID-19 dengan duduk di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP dilaksanak­an.

Di SANDAKAN, beberapa lokasi utama di sekitar Bandar Sandakan lengang ekoran lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 yang bermula dari 1 hingga 14 April.

Tinjauan Utusan Borneo di Pusat Bandar Sandakan mendapati deretan premis perniagaan masih lagi ditutup. Situasi sama turut dilihat di sekitar Bandar Ramai-Ramai, Bandar Leila dan Bandar Nam Tung.

Bagaimanap­un, rutin harian tetap diteruskan seperti biasa dan ia dapat dilihat melalui beberapa premis yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP seperti farmasi, kedai serbaneka, pasar raya dan bank yang masih dikunjungi orang ramai.

Sebagai langkah berjagajag­a, setiap premis yang beroperasi akan memeriksa suhu badan dan menyediaka­n cecair pembasmi kuman selain mempraktik­kan jarak sosial serta mengehadka­n bilangan pelanggan untuk berada dalam premis pada satu-satu masa.

Sementara itu, 13 bandar satelit di Sandakan kelihatan lengang ekoran arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dikuat kuasakan sehingga 14 depan.

Tinjauan dibuat mendapati, orang ramai hanya kelihatan berada di Pasar Awam Bandar Sibuga Batu 8 Sandakan dan di beberapa pasar raya di Batu 8 Batu, Batu 7, Bandar Indah Batu 4, Bandar Pasaraya Batu 4 dan Bandar IJM Batu 6 bagi membeli keperluan asas.

Kelihatan juga orang ramai pergi ke beberapa bank di Bandar Pasaraya Batu 4, Bandar Kim Fung Batu 4, Bandar Indah Jaya Batu 4, Bandar Prima Batu 4, Bandar Megah Batu 7 dan Bandar Sibuga Jaya Batu 8.

Tinjauan juga mendapati orang ramai terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran masuk ke dalam pasar umum, pasar raya, bank, farmasi dan premis makanan segera.

Di TAWAU, jalan menuju ke kawasan Pasar Tanjung dan Pusat Bandar lengang tidak seperti lazimnya kawasan itu sentiasa sesak bermula pagi hingga petang.

Tinjauan Utusan Borneo, setakat jam 1.30 petang semalam hanya beberapa buah kenderaan sahaja yang melalui kawasan berkenaan.

Kawasan itu juga merupakan laluan menuju ke pesisir pantai Traulsen yang merupakan tempat riadah seisi keluarga.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an laluan ini akan lengang pada waktu tengah hari memandangk­an pasar hanya beroperasi sehingga 12 tengah hari sahaja, manakala premis di kawasan pusat bandar kebanyakan­nya ditutup.

Di LAHAD DATU, masyarakat di daerah ini semakin memberikan kerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua pelaksanaa­nnya.

Dari tinjauan Utusan Borneo di kawasan tumpuan, Pasar Ikan dan Pasar Awam di sini beroperasi bermula jam 6 pagi dan ditutup jam 2 petang.

Pergerakan kenderaan menuju ke kawasan bandar di waktu pagi semakin terkawal berbanding sebelumnya.

Orang ramai dilihat tidak lagi bersesak-sesak ke bandar mendapatka­n bekalan makanan sebaliknya memilih untuk berbelanja di kawasan yang dekat dengan tempat tinggal mereka.

 ??  ?? PATUHI PKP: Hanya beberapa kenderaan dilihat melalui sekatan jalan raya di Jalan Kepayan semalam.
PATUHI PKP: Hanya beberapa kenderaan dilihat melalui sekatan jalan raya di Jalan Kepayan semalam.
 ??  ?? TUTUP: Stesen Bas Batu Sapi yang ditutup sejak PKP dilaksanak­an.
TUTUP: Stesen Bas Batu Sapi yang ditutup sejak PKP dilaksanak­an.
 ??  ?? TIADA KENDERAAN: Keadaan jalan menuju ke kawasan Pasar Tanjung dan Pusat Bandar Tawau lengang tidak seperti lazimnya kawasan itu sentiasa sesak bermula pagi hingga petang.
TIADA KENDERAAN: Keadaan jalan menuju ke kawasan Pasar Tanjung dan Pusat Bandar Tawau lengang tidak seperti lazimnya kawasan itu sentiasa sesak bermula pagi hingga petang.
 ??  ?? KOSONG: Pasar Ikan di Lahad Datu yang beroperasi bermula jam 6 pagi dan ditutup jam 2 petang kelihatan lengang.
KOSONG: Pasar Ikan di Lahad Datu yang beroperasi bermula jam 6 pagi dan ditutup jam 2 petang kelihatan lengang.
 ??  ?? LENGANG: Beginilah keadaan di Bandar Kim Fung Batu 4 Sandakan.
LENGANG: Beginilah keadaan di Bandar Kim Fung Batu 4 Sandakan.
 ??  ?? SEPI: Bandar Prima yang merupakan tumpuan orang ramai kelihatan sunyi.
SEPI: Bandar Prima yang merupakan tumpuan orang ramai kelihatan sunyi.
 ??  ?? SUNYI: Jalan Dua di Pusat Bandar Sandakan yang kebiasaann­ya sibuk kini kelihatan sunyi ekoran PKP.
SUNYI: Jalan Dua di Pusat Bandar Sandakan yang kebiasaann­ya sibuk kini kelihatan sunyi ekoran PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia