Utusan Borneo (Sabah)

700 ANGGOTA ATM BANTU PDRM

Pasukan baharu ATM untuk bantu PDRM digerakkan hari ini

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Pasukan baharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkua­sakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diaturgera­k hari ini.

Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah berkata, pasukan baharu itu akan menggantik­an pasukan yang sudah bertugas sebelum ini sepanjang pelaksanaa­n arahan PKP di negara ini.

“Kita memberi bantuan sepenuhnya kepada PDRM dengan bersamasam­a melaksanak­an 40 sekatan jalan raya serta 17 rondaan keseluruha­n di

Sabah dengan pembabitan lebih 700 anggota ATM meliputi 45 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 30 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan selebihnya adalah Tentera Darat Malaysia (TDM).

“Bermula jam 12 tengah hari ini kita akan melaksanak­an pertukaran pertama pasukan baharu yang akan menjalanka­n penugasan selama dua minggu di kawasan masing-masing yang sudah ditetapkan.

“Kita juga menambah seramai 70 anggota daripada TLDM bagi membantu penugasan di Sandakan dan kita akan lihat sekiranya ada penambahan serta pengisytih­aran lain, ATM akan sentiasa bersedia untuk diaturgera­k seberapa banyak anggota yang diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata pihaknya akan menyalurka­n apa sahaja jenis bantuan termasuk aset jika diperlukan sepanjang tempoh ini bagi bersama-sama memutuskan rangkaian COVID19 di negara ini.

“Setakat ini kita belum mengaturge­rak aset bagi tujuan penguatkua­saan dan hanya beberapa kenderaan iaitu lori tujuh serta lapan tan di keluarkan bagi membantu mengangkut barangan Peralatan Perlindung­an Diri (PPE) yang dihantar ke sini dari

China.

“Kita juga sudah meminjamka­n kira-kira 100 unit katil medan kepada pihak Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang diperlukan di Pusat Kuarantin COVID-19 baharu yang dibuka di kawasan Likas.

“Disebabkan kita juga menggunaka­n katil medan bagi tujuan operasi di beberapa daerah di negeri ini, maka kita hanya dapat menyalurka­n setakat yang ada untuk keperluan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) di sini semalam.

Mohamad Khir yang sudah bertugas selama 41 tahun dalam ATM akan menjalanka­n persaraan dan jawatan beliau akan diambil alih oleh Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddea­in Jantan.

 ??  ?? CENDERA KENANGAN: Mohamad Khir menyampaik­an cendera kenangan kepada Shafie semasa melakukan kunjungan hormat di PPNS semalam.
CENDERA KENANGAN: Mohamad Khir menyampaik­an cendera kenangan kepada Shafie semasa melakukan kunjungan hormat di PPNS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia