Utusan Borneo (Sabah)

Majikan ingkar arahan PKP didenda RM800

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seorang majikan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah ingkar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Simon Tiong Hang King, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 50 Check Point SempornaTa­wau, pada 29 Mac jam 5.25 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Kesalahan itu, boleh dihukum di bawah Peraturan 7, Peraturan yang sama, memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan, Simon ditahan ketika memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam perjalanan dari Semporna menuju ke Tawau.

Sebaik ditahan, tertuduh dikatakan tidak berpuas hati dengan teguran berkaitan PKP, memandu kenderaann­ya dalam keadaan berbahaya ketika membuat pusingan-U, sehingga boleh mendatangk­an kecederaan kepada anggota polis bertugas.

Peguam Jhesseny Kang berkata, anak guamnya yang merupakan majikan sebuah kedai di Semporna perlu ke Tawau untuk melakukan urusan perbankan dan mengeluark­an wang tunai gaji pekerja setiap hujung bulan.

Malah, tertuduh juga perlu membeli bekalan kedai di Tawau untuk dijual di kedainya di Semporna.

Pegawai Pendakwa ASP Dayang Nur Azarinawat­y Ag Kachee meminta mahkamah menjatuhka­n hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain agar mematuhi PKP.

Majistret Dzul Elmy Yunus kemudian menetapkan hukuman denda sebanyak RM800 atau penjara dua bulan jika tertuduh gagal bayar denda berkenaan.

Menurutnya, walaupun majikan dibolehkan keluar untuk melakukan urusan kerja, tertuduh perlu menyediaka­n semua dokumen berkaitan sebagai menyokong alasan munasabah untuk keluar dari rumah.

Dalam masa sama, Dzul menasihatk­an tertuduh untuk sentiasa bertenang dalam mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak melakukan sebarang bentuk protes.

“Kamu perlu ingat mereka (pihak berkuasa) telah bertugas di situ mengawal PKP sejak 18 Mac lalu dan perlu untuk bertenang dan mematuhi arahan yang diberikan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? INGKAR: Simon (kiri) bersama peguamnya selepas prosiding di Mahkamah Majistret, di Tawau.
INGKAR: Simon (kiri) bersama peguamnya selepas prosiding di Mahkamah Majistret, di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia