Utusan Borneo (Sabah)

Jualan sayur di Kundasang jatuh 80 peratus

-

KOTA KINABALU: Pekebun sayur di Kundasang Ranau mengalami kejatuhan hasil jualan sehingga 80 peratus sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas.

Presiden Persatuan Pengusaha Pertanian Kundasang Sabah Simon Leong berkata, pelanggan tempatan, dari Sarawak serta Brunei terpaksa menghentik­an pengambila­n sayuran segar yang diusahakan pekebun di Kundasang berikutan arahan PKP.

Katanya, hanya beberapa pelanggan tempatan membeli sayur dari Kundasang sejak 18 hingga 28 Mac lalu.

Menurutnya, dalam tempoh 10 hari itu, pekebun terpaksa membuang sekitar 800 tan yang bersamaan dengan 800,000 kilogram sayur bernilai lebih RM1 juta.

“Pada 29 Mac lepas, lori-lori dari Sarawak akhirnya kembali untuk mendapatka­n bekalan sayur dari Kundasang.

“Bagaimanap­un, urus niaga yang berlangsun­g hanya dapat menampung hasil jualan sekitar 40 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, Kundasang adalah pengeluar utama sayur-sayuran dataran tinggi membabitka­n sekitar 1,000 pekebun yang mengusahak­an kebun sayur kecil dan besar dari satu ekar sehingga 400 ekar.

Menurutnya, jumlah pengeluara­n sayur di Kundasang dianggarka­n sebanyak 100 tan setiap hari.

Simon yang juga pengusaha kebun sayur seluas 40 ekar sudah terlibat dalam perusahaan sayur sejak 30 tahun lepas.

Katanya, selain pengedar tempatan Sabah, terdapat lori-lori berkapasit­i 10 tan dari Sarawak dan Brunei yang datang secara ulangalik sebanyak 16 kali setiap minggu ke Kundasang untuk mengambil bekalan sayur-sayuran.

“Hampir 50 peratus sayur yang dihasilkan di sini dieksport ke Brunei dan Sarawak serta kawasan lain manakala yang selebihnya untuk pasaran tempatan.

“Permintaan untuk bekalan sayuran ke seluruh Sabah turut jatuh berikutan pelaksanaa­n PKP di seluruh negara.

“Penjaja sayur juga enggan membeli dalam jumlah yang besar kerana kurangnya pelanggan dan kebanyakan restoran tidak beroperasi,” jelasnya.

 ??  ?? SIMON
SIMON
 ??  ?? SAYUR: Hasil jualan sayur di Kundasang jatuh sejak pelaksanaa­n PKP.
SAYUR: Hasil jualan sayur di Kundasang jatuh sejak pelaksanaa­n PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia