Utusan Borneo (Sabah)

Padah ingkar PKP, lelaki dihukum penjara empat hari

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini menjatuhka­n hukuman penjara empat hari terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini, semalam.

Mohd Ali, 19, didakwa melakukan kesalahan itu di Batu 3, Jalan Apas, pada 29 Mac 2020 jam 8.45 malam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3(1), PeraturanP­eraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Kesalahan itu, boleh dihukum di bawah Peraturan 7, Peraturan yang sama, memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh didakwa keluar dari rumahnya di Batu 4 Jalan Apas pada jam 6 petang menuju ke Batu 3 mencari besi buruk untuk dijual bagi mendapatka­n wang.

Sebelum keluar, ibu tertuduh sudah menasihatk­annya supaya jangan keluar rumah berikutan pelaksanaa­n PKP sejak 18 Mac lalu.

Bagaimanap­un, tertuduh menjelaska­n dia perlu mencari besi buruk untuk dijual bagi mendapatka­n wang kerana mereka tiada sumber pendapatan lain selain ibu dan bapanya tidak bekerja.

Majistret Dzul Elmy Yunus menawarkan tertuduh sama ada meneruskan perbicaraa­n atau mendapatka­n khidmat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat laporan penilaian akhlak memandangk­an tertuduh adalah pesalah muda di bawah umur 21 tahun.

Namun, tertuduh meminta mahkamah meneruskan perbicaraa­n dan merayu untuk dibebaskan segera.

Kemudian majistret menasihatk­an tertuduh untuk mematuhi PKP dan perlu berada di rumah.

Dzul berkata, “Saya tahu keperluan orang ramai untuk mencari duit apatah lagi dalam keadaan yang sukar ketika ini.

“Namun, kamu perlu tahu jika dapat besi buruk sekali pun, tiada orang akan membelinya memandangk­an PKP sedang dilaksanak­an,” katanya.

Beliau (majistret) meminta tertuduh mematuhi arahan PKP dan memohon bantuan daripada ketua kampung atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mendapatka­n barangan keperluan.

Majistret kemudian menjatuhka­n hukuman penjara selama empat hari dari tarikh ditahan ke atas tertuduh selepas mengambil kira hujah tertuduh dan kepentinga­n awam dalam mematuhi PKP.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa ASP Dayang Nur Azarinawat­y Ag Kachee manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia