Utusan Borneo (Sabah)

Lima ditahan ingkar PKP di Lahad Datu

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHADDATU:Duaberanak warga asing antara lima lelaki yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, kelmarin.

Kesemua yang ditahan berasingan di dua lokasi itu berumur antara 15 hingga 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, seorang bapa dan anaknya ditahan setelah dilihat merayau-rayau di kawasan belakang Pasar Ikan jam 10 pagi.

“Ketika diperiksa, sebanyak 41 pek rokok seludup pelbagai jenama dan wang tunai RM1,179 hasil jualan rokok ditemui dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Hasil siasatan suspek mengaku mengetahui arahan PKP namun berada di lokasi sejak 30 Mac untuk menjual rokok dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Seksyen 22(b)Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 11 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

1988 (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempat berjangkit) 2020.

Pada hari yang sama di pintu laluan utama FELDA Sahabat Dua Anjung Teduh Cenderawas­ih, Tungku jam 7.50 malam tiga pekerja kedai runcit ditahan kerana berada di luar rumah tanpa sebab munasabah.

Menurut Nasri, ketika kejadian dua adik-beradik keluar rumah dan ketika ditahan berkeras mahu menjemput seorang rakan mereka untuk bermalam di kediaman mereka.

Katanya, amaran pertama diberikan supaya mereka balik ke rumah namun ingkar arahan.

“Setelah rakan mereka tiba, ketiga-tiga suspek ditahan selepas amaran diberikan kali kedua dan ingkar,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 11 PPDPP (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempat berjangkit) 2020.

 ??  ?? ROKOK SELUDUP: Barang bukti kes yang dirampas.
ROKOK SELUDUP: Barang bukti kes yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia