Utusan Borneo (Sabah)

Politeknik KK hasilkan pelindung muka

Untuk diagih kepada para petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan Telipok

- (3D Printer)

KOTA KINABALU: Sebagai membantu usaha kerajaan menangani wabak COVID-19, Politeknik Kota Kinabalu (PKK) turut menghasilk­an pelindung muka yang diagihkan kepada petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan Telipok kelmarin.

Penyerahan dibuat sendiri oleh Pengarah PKK, Ts. Zainab Othman kepada Ketua Klinik Kesihatan Telipok Dr. Tan Yee Kin.

Sumbangan itu rata-rata disambut baik oleh para petugas klinik kesihatan berkenaan.

Peralatan yang diperbuat daripada plastik menggunaka­n pencetak tiga dimensi

itu dihasilkan oleh Jabatan Kejurutera­an Mekanikal melalui Pensyarah Program Diploma Kejurutera­an Mekanikal Neilson Peter Sorimpuk.

Menurut Neilson, beliau mengambil masa tiga hari bagi menghasilk­an 30 unit pelindung muka berkenaan.

Kekangan mendapatka­n bekalan bahan untuk menghasilk­an pelindung muka terutama dalam mematuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah antara cabaran yang dihadapi beliau.

Namun, beliau berasa gembira dan bersyukur kerana dapat memberi sedikit sumbangan kepakaran kepada para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menghadapi cabaran wabak COVID-19 ketika ini.

Sementara itu, Ts. Zainab dalam kenyataann­ya berkata, PKK akan terus berusaha menghasilk­an lagi pelindung muka berkenaan untuk diserahkan kepada klinik-klinik kesihatan yang memerlukan khususnya yang berdekatan dengan kampus PKK.

‘Penghasila­n pelindung muka kali ini merupakan usaha fasa pertama PKK, dan kami akan terus berusaha untuk menghasilk­an beberapa unit lagi untuk diserahkan kepada klinik-klinik yang memerlukan dalam masa terdekat.

“Kami di PKK sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepakaran bila mana perlu, tertakluk kepada pematuhan PKP yang sedang berlangsun­g. Semoga sumbangan kecil PKK ini dapat membantu meringanka­n beban dan mempermuda­hkan urusan para petugas barisan hadapan kita dalam membendung wabak COVID-19 ini,” katanya.

Turut hadir semasa sesi penyerahan pelindung muka itu ialah Ketua Jabatan Kejurutera­an Mekanikal Abdul Razak Mohd. Daim.

 ??  ?? SERAH: Zainab (dua kanan) menyerahka­n 30 unit pelindung muka kepada Dr. Tan dengan disaksikan oleh Abd Razak (kiri) dan Neilson (kanan).
SERAH: Zainab (dua kanan) menyerahka­n 30 unit pelindung muka kepada Dr. Tan dengan disaksikan oleh Abd Razak (kiri) dan Neilson (kanan).
 ??  ?? CUBA: Neilson mencuba pelindung muka yang dihasilkan­nya.
CUBA: Neilson mencuba pelindung muka yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia