Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Parlimen Batu Sapi pastikan semua dapat bantuan

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Walaupun berdepan masalah seperti kekurangan kakitangan dan kenderaan atau bot untuk menghantar bekalan makanan ke kampung-kampung, namun Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong berjanji akan melakukan yang terbaik dalam memastikan warga Batu Sapi mendapat bantuan.

Beliau telah pun berada di kawasannya sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu bagi mengatur bantuan kepada warga Batu Sapi.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk supaya dapat bersabar dan menunggu giliran untuk mendapatka­n bantuan itu.

Untuk rekod, Parlimen Batu Sapi mempunyai lebih kurang 33 perkampung­an selain tujuh pulau yang mempunyai banyak kampung.

Keadaan itu telah menyebabka­n Pejabat Parlimen Batu Sapi menghadapi masalah tertentu termasukla­h soal bekalan makanan daripada pihak pembekal dan sebagainya.

“Apapun, kita harap semua dapat bersabar dan menunggu giliran untuk mendapat bantuan. Saya berjanji akan buat yang terbaik untuk warga Batu Sapi dalam perkara ini,” katanya.

Sepanjang tempoh PKP ini, beliau tampil prihatin dengan mengatur sendiri bantuan dan telah mengagih-agihkan bantuan yang berlainan daripada bantuan ADUN.

Walaupun tidak mempunyai kedudukan di peringkat Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri, beliau tetap menjalanka­n tugas sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi dengan usaha serta inisiatif sendiri demi penduduk kawasan terbabit.

Beliau tidak pilih bulu dan cuba sedaya upaya untuk memberi bantuan makanan dan wang kepada penduduk Batu Sapi.

Sebelum ini, beliau juga telah membuat video live Facebook di Pusat Perkhidmat­an Rakyat Batu Sapi berhubung wabak COVID19 yang tidak memilih siapa untuk dijangkiti.

“Maka itu, bantuan kita tidak pilih bulu dan akan memastikan kita berjaya melawan wabak ini.

“Ini adalah kali pertama kita mengalami pandemik ini dan ia telah menjejaska­n bukan sahaja di Batu Sapi, bukan di Sandakan, bukan juga di Sabah atau negara ini tetapi seluruh dunia,” katanya.

 ??  ?? BUNGKUS: Liew mengagihka­n bantuan makanan mengikut bungkusan.
BUNGKUS: Liew mengagihka­n bantuan makanan mengikut bungkusan.
 ??  ?? TAKLIMAT: Liew (kiri) memberi taklimat ringkas kepada kakitangan Pejabat Parlimen Batu Sapi mengenai pengagihan bantuan.
TAKLIMAT: Liew (kiri) memberi taklimat ringkas kepada kakitangan Pejabat Parlimen Batu Sapi mengenai pengagihan bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia