Utusan Borneo (Sabah)

Limus minta rakyat patuh arahan PKP

- Oleh Kenneddy Corlleus

KUALA PENYU: Rakyat khususnya di daerah Kuala Penyu dan sekitarnya diingatkan supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarka­n kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata, walaupun setakat ini daerah Kuala Penyu masih bebas daripada COVID-19 namun langkah-langkah sewajarnya harus dipraktikk­an bagi memastikan wabak berkenaan segera berakhir.

“Kita bersyukur setakat ini belum ada laporan penularan wabak COVID-19 di daerah ini, namun saya ingin memberi peringatan kepada masyarakat supaya terus mematuhi arahan PKP serta sentiasa menjaga kebersihan masing-masing sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai mengagihka­n bantuan berupa keperluan makanan ke seluruh kampung di Kuala Penyu.

Mengulas mengenai bantuan berkenaan, Limus yang juga Ketua Bahagian UPKO Beaufort berkata, agihan itu akan diselarask­an oleh Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) DUN Kuala Penyu bersama pengerusi-pengerusi MPKK.

“Saya harap mereka (penduduk kampung) bersabar kerana kita akan mengagihka­n bantuan secara berperingk­at. Pergerakan kami agak terhad memandangk­an kita perlu juga mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

“Saya memberi jaminan bahawa semua masyarakat akan mendapat bantuan ini tanpa mengira fahaman dan latar belakang. Kita akan bergerak dan menyampaik­annya ke rumah para penerima,” katanya.

Menurut Limus beliau memahami semua orang terkesan dengan musibah ini justeru semuanya berhak untuk menerima bantuan berkenaan.

Dalam pada itu beliau meminta mana-mana penduduk kampung yang terlepas pandang dari menerima bantuan ini agar memaklumka­n kepada pengerusi MPKK di kawasan masing masing agar bantuan dapat disalurkan segera.

 ??  ?? BAGUS: Limus menunjukka­n isyarat bagus setelah melihat kenderaan yang membawa barang keperluan tiba di salah sebuah kampung di Kuala Penyu.
BAGUS: Limus menunjukka­n isyarat bagus setelah melihat kenderaan yang membawa barang keperluan tiba di salah sebuah kampung di Kuala Penyu.
 ??  ?? AGIH: Limus menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima di salah sebuah kampung di Kuala Penyu.
AGIH: Limus menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima di salah sebuah kampung di Kuala Penyu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia