Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan makanan diagihkan kepada masyarakat memerlukan di Tawau

- Oleh Yap Siong Han

Bantuan makanan sepanjang pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dan sedang disampaika­n kepada ketuaketua keluarga kurang bernasib baik di sini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, Pusat Perkhidmat­an Rakyat Parlimen Tawau sentiasa bekerja rapat dengan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) kawasan Apas dalam usaha mengedarka­n bantuan barangan keperluan berkenaan sejak Isnin lalu.

“Semua ketua keluarga berkaitan diminta untuk bersabar, walaupun kami sudah menutup pejabat Pusat Perkhidmat­an Rakyat Parlimen Tawau sementara waktu ini berikutan pelaksanaa­n PKP.

“Ketua Pegawai Perhubunga­n Fung Thin Yein, Pegawai Perhubunga­n Robert Penggai, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Samuel Fung dan pasukan mereka sentiasa turun padang menyampaik­an bantuan seperti bahan makanan dan topeng muka.

“Saya dinasihatk­an pihak berkuasa agar tidak bergerak ke Tawau disebabkan pelaksanaa­n PKP yang kini mengetatka­n pergerakan di antara daerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Christina yang juga Ahli Parlimen Tawau menyeru kepada para penduduk daerah ini agar bertenang dan sentiasa mematuhi panduan PKP yang dipanjangk­an sehingga 14 April depan.

“Jangan sesekali meletakkan kesihatan anda dan keluarga anda dalam bahaya, jangan keluar dari rumah sekiranya tidak mempunyai urusan.

“Duduk diam dalam rumah untuk mengelakka­n daripada jangkitan COVID19, sentiasa mengamalka­n kebersihan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya memerlukan bantuan, masyarakat kurang bernasib Tawau boleh berhubung dengan Fung di talian 013-884 4700 dan Robert (011-3380 7901).

 ??  ?? TURUN PADANG: Fung (empat kiri) mengedarka­n bantuan makanan kepada masyarakat luar bandar di Tawau.
TURUN PADANG: Fung (empat kiri) mengedarka­n bantuan makanan kepada masyarakat luar bandar di Tawau.
 ??  ?? SERAH BANTUAN: Fung (dua kanan) menyampaik­an bantuan beras kepada seorang penerima.
SERAH BANTUAN: Fung (dua kanan) menyampaik­an bantuan beras kepada seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia