Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti maritim patuh PKP Tiada aktiviti perikanan aktif, pusat pelanconga­n lengang

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Tiada aktiviti perikanan yang aktif serta pusat pelanconga­n sekitar sini juga dilihat lengang sepanjang tinjauan udara oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM di sini semalam.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, tinjauan itu dilakukan bagi melihat keadaan semasa perairan di sini dan Labuan dalam tempoh 14 hari pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar Pulau Gaya hingga ke Labuan.

“Hasil tinjauan mendapati tidak kelihatan aktiviti perikanan yang aktif dan hanya bot-bot kecil di pesisir pantai sahaja yang keluar untuk mencari hasil laut bagi menampung keperluan harian mereka.

“Pusat pelanconga­n di kawasan pulau sekitar Kota Kinabalu juga kelihatan lengang, tidak berlaku sebarang aktiviti sukan air dan riadah,” katanya.

Menurutnya bagi kawasan Labuan, hanya kelihatan aktiviti perikanan yang dibenarkan sahaja bagi memastikan bekalan ikan bagi penduduk setempat mencukupi.

Tambahnya, feri penumpang dari Labuan ke Menumbok juga tidak beroperasi seperti biasa dan begitu juga di perairan Kota Kinabalu hanya bot-bot nelayan tradisiona­l dan bot kelas A, B dan C sahaja meneruskan aktiviti perikanan mereka seperti biasa untuk membekalka­n hasil laut dan memastikan ia mencukupi untuk kegunaan rakyat.

Rosli berkata komuniti maritim kini sudah patuh sepenuhnya kepada arahan PKP dengan memberikan kerjasama kepada pasukan keselamata­n, iaitu mengurangk­an pergerakan serta aktiviti di laut.

“Saya juga menjalanka­n tinjauan di sekitar pasar ikan SAFMA dan rata-rata nelayan yang datang dari luar memaklumka­n bahawa hasil yang meraka dapat adalah seperti biasa dan mencukupi untuk bekalan penduduk setempat dan di luar bandar.

“Kami juga mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak PDRM khususnya Pasukan Gerakan Udara Kota Kinabalu kerana memberi kerjasama dalam melakukan pemantauan laut melalui udara. Usaha dan kerjasama seperti akan diteruskan untuk memastikan arahan PKP ini terus dipatuhi oleh komuniti maritim,” katanya.

 ??  ?? TURUN PADANG: Rosli ketika berada di dalam pesawat semasa menjalanka­n rondaan udara sekitar Kota Kinabalu.
TURUN PADANG: Rosli ketika berada di dalam pesawat semasa menjalanka­n rondaan udara sekitar Kota Kinabalu.
 ??  ?? LENGANG: Keadaan di sekitar perairan Kota Kinabalu dan Pulau Gaya yang lengang semasa tinjauan udara dijalankan.
LENGANG: Keadaan di sekitar perairan Kota Kinabalu dan Pulau Gaya yang lengang semasa tinjauan udara dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia