Utusan Borneo (Sabah)

Pengguna Facebook tuduh ambil peruntukan bantuan makanan, George Hiew buat laporan polis

-

SANDAKAN: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Wakil Rakyat Karamuntin­g George Hiew Vun Zin telah membuat laporan polis terhadap pengguna laman sosial Facebook yang menuduh beliau mengambil peruntukan bantuan makanan keperluan untuk kegunaan peribadi, kelmarin.

Beliau berkata, individu tidak bertanggun­gjawab itu telah menyebarka­n fitnah dan maklumat salah berhubung perkara berkenaan.

Oleh itu, beliau berharap PDRM dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat perkara itu demi keadilan.

Beliau berkata, ramai penerima bantuan telah memuat naik perkara tersebut di laman Facebook dengan menyatakan barangan keperluan yang diterima tidak mencapai nilai RM100, seperti yang sepatutnya mereka terima.

Merujuk kepada perkara ini, Hiew berkata peruntukan RM100,000 daripada Kerajaan Negeri hanya mampu diberikan kepada 1,000 keluarga sahaja, sekiranya setiap bungkusan bantuan itu bernilai RM100.

Berikutan itu, bagi membolehka­n lebih banyak keluarga mendapat bantuan, nilai bagi setiap bungkusan perlu dikurangka­n.

“UPPMKaramu­ntingtelah memberi bantuan bungkusan makanan keperluan kepada 3,500 keluarga setakat ini. Ia termasuk beras, minyak masak, garam, gula, biskut, air dan sebagainya.

“Bagi membolehka­n lebih banyak keluarga mendapat bantuan, kami juga telah menambah dana sendiri. Bagaimanap­un, orang tidak bertanggun­gjawab telah menyebarka­n maklumat yang mengeliruk­an tentang kami, dan ini sangat mengecewak­an,” katanya.

Hiewturutm­engalu-alukan mana-mana pihak yang mahu bertanya mengenai pengagihan bantuan makanan itu untuk menghubung­i Pejabat DUN Karamuntin­g.

Jelasnya, ia bagi membolehka­n orang ramai berhenti daripada menyebarka­n maklumat salah dan boleh merosakkan reputasi mereka yang bekerja keras di sebalik situasi itu.

 ??  ?? LAPORAN: George menunjukka­n salinan laporan polis yang dibuat terhadap pengguna Facebook, semalam.
LAPORAN: George menunjukka­n salinan laporan polis yang dibuat terhadap pengguna Facebook, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia