Utusan Borneo (Sabah)

UMNO Sabah sumbang lebih 150 tan barang keperluan

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Dianggarka­n lebih 150 tan barang keperluan harian telah diagihkan kepada 12,500 keluarga yang memerlukan di seluruh Sabah sebagai usaha membantu mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Penyampaia­n bantuan itu telah disalurkan oleh 25 ketua bahagian UMNO di Sabah dan sebahagian penerima turut menerima penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi tangan.

Ketua UMNO Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata, bantuan itu adalah bagi meringanka­n beban mereka yang terkesan terutamany­a golongan yang berpendapa­tan rendah bagi menghadapi situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mencegah penularan pandemik COVID19 yang sedang melanda di seluruh dunia.

Bung berkata agihan berkenaan bermula semalam di mana setiap bahagian dianggarka­n menerima 8 hingga 9 tan bantuan berkenaan.

“Untuk permulaan, penghantar­an akan bermula di tujuh bahagian iaitu Tawau, Kalabakan, Semporna, Silam,

Sandakan, Beluran dan Batu Sapi.

“Saya telah mengarahka­n kepada bahagian-bahagian UMNO di negeri ini agar agihan sumbangan ini diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan tanpa batasan parti, agama dan kaum,” katanya ketika ditemui selepas menyerahka­n agihan bantuan kepada ketua-ketua bahagian di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP), Sepanggar kelmarin.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk

Yakub Khan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah Datuk Khadzim Yahya.

Dalam perkembang­an lain Bung berkata, sebelum ini sayap-sayap UMNO Sabah telah pun bergerak menyampaik­an bantuan, sama ada makanan mahupun keperluan Personal Protective Equipment (PPE) kepada para petugas barisan hadapan seperti anggota keselamata­n dan petugas kesihatan.

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menzahirka­n terima kasih kepada kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri yang turut menghulurk­an pakej bantuan demi bantuan kepada rakyat di negeri ini.

 ??  ?? BANTUAN: Bung menunjukka­n barang barang keperluan yang disumbanga­nkan kepada penerima.
BANTUAN: Bung menunjukka­n barang barang keperluan yang disumbanga­nkan kepada penerima.
 ??  ?? SERAH: Bung bersama beberapa ketua bahagian pada majlis penyerahan itu.
SERAH: Bung bersama beberapa ketua bahagian pada majlis penyerahan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia