Utusan Borneo (Sabah)

Harus reda jika tiada bazar Ramadan, ziarah Aidilfitri Demi kebaikan, keselamata­n dan kesihatan masyarakat ekoran COVID-19, ia harus diterima

- Oleh Rusnan Mustafa NUR FARINA

“Kita kenalah akur kerana arahan itu dibuat bukan suka-suka tetapi atas dasar keselamata­n dan kesihatan orang ” awam. Wan Mohammad Afif Wan Sharkawi

KUCHING: Jika bazar Ramadan tidak dibuka, tiada amalan kunjung mengunjung ketika Hari Raya Aidilfitri termasuk solat sunat Aidilfitri dan terawih berjemaah di masjid dan surau sememangny­a akan mendatangk­an perasaan hiba dan sedih kepada semua masyarakat Islam.

Namun demi kebaikan, keselamata­n dan kesihatan masyarakat umum ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini, ia harus diterima dengan hati yang reda oleh semua pihak.

Menurut Wan Mohammad Afif Wan Sharkawi, 34, sekiranya arahan tiada bazar

Ramadan tahun ini, orang awam khususnya masyarakat Islam harus akur dengan arahan tersebut.

“Kita kenalah akur kerana arahan itu dibuat bukan suka-suka tetapi atas dasar keselamata­n dan kesihatan orang awam.

“Memanglah sebagai orang Islam kita bersedih tentang perkara ini kerana bazar Ramadan sememangny­a sinonim dengan kedatangan bulan puasa dan amalan kunjung mengunjung ketika Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi tradisi sejak dahulu lagi.

“Tetapi keselamata­n dan kesihatan orang awam lebih utama, kita masih ada pilihan lain iaitu masak sendiri juadah untuk berbuka puasa di rumah kerana yang lebih penting kita selamat,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Tambahnya, apa guna bazar Ramadan dibuka jika orang berisiko terdedah dengan jangkitan COVID-19.

“Jika kita dijangkiti penyakit COVID-19 ini kita terpaksa beraya di hospital,” katanya.

Pada masa sama Afif memberitah­u, masyarakat Islam juga boleh menunaikan solat sunat terawih dan bertadarus bersama keluarga di rumah.

“Rasa sedih memang ada, tetapi kita kena reda demi kebaikan bersama, kita boleh bertadarus dan terawih di rumah dan ini dapat mengeratka­n lagi hubungan dengan ahli keluarga,” jelasnya.

Sehubungan itu, dia berharap agar masyarakat umum mematuhi arahan PKP ini dan sentiasa peka dengan saranan kerajaan dalam usaha membasmi COVID-19.

“Paling penting kita harus sentiasa jaga kebersihan supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa, semoga kita semua dilindungi oleh Tuhan,” ujarnya.

Sementara itu, Nur Farina Bahren, 23, berkata, perasaan sedih sememangny­a akan dirasai orang ramai kerana bazar Ramadan adalah salah satu tempat kunjungan yang dinantikan setiap datangnya bulan puasa.

“Pada setiap tahun, bazar Ramadan juga sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam yang berpuasa, begitu juga bagi mereka yang bukan

Islam kerana kemeriahan bazar Ramadan tidak sama dengan pasar malam yang buka pada setiap minggu,” katanya.

Mengenai amalan kunjung mengunjung ketika perayaan katanya, rasa sedih dan mungkin kurang dirasai bagi mereka tinggal bersama dengan keluarga.

“Bagi mereka yang jauh di perantauan, mereka pasti sedih kerana keluarga jauh dan untuk mengunjung­i kenalan rapat juga sukar.

“Malah, para hari raya juga kita dapat menziarahi keluarga, sanak-saudara yang dekat mahupun yang tinggal jauh,” tambahnya.

 ??  ?? WAN MOHAMMAD AFIF
WAN MOHAMMAD AFIF
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia