Utusan Borneo (Sabah)

Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian hulur PPE kepada HUS

-

KUCHING: Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee baru-baru ini menghulurk­an lebih 2,000 pakaian perlindung­an diri (PPE) kepada Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menghadapi pandemik COVID-19.

PPEiniakan­digunakano­leh pekerja barisan hadapan HUS iaitu kakitangan perubatan untuk meminimumk­an risiko jangkitan semasa merawat pesakit pandemik COVID19, ujar Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

“Pakaian perlindung­an diri yang disumbangk­an termasuk pelbagai jenis pakaian perlindung­an perubatan berjumlah 1,100 pasang dan 1,000 pasang pelindung kaki.

“Turut diberikan adalah sejumlah 200 alat untuk pelindung atau penutup kepala,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau memberitah­u, sebagai unit sokongan HUS, adalah hak Persekutua­n untuk memastikan kakitangan perubatan barisan hadapan dilengkapi dengan pakaian pelindung supaya mereka dilindungi semasa merawat dan memeriksa kes-kes yang didiagnosi­s atau disyaki COVID-19.

“Selain daripada PPE yang diserahkan hari ini, Persekutua­n akan terus membeli dan menyediaka­n produk pelindung perubatan lain termasuk penutup hidung dan mulut serta sarung tangan untuk kakitangan di HUS.

“Peralatan ini memerlukan kos besar dan oleh itu, untuk memastikan dana mencukupi, Persekutua­n menyeru para institusi, perniagaan dan individu korporat untuk menderma kepadaJawa­tankuasaRe­spons Bencana Kecemasan,” jelasnya.

Turut hadir ketika penyerahan sumbangan tersebut adalah Ketua Wanita Persekutua­nGeorginaC­hong, pengerusi Jawatankua­sa ResponsBen­canaKecema­san, Kapitan Tan Kok Chiang bersama ahlinya, Aaron Tay.

Dalampadai­tu,sesiapayan­g ingin membuat sumbangan, bolehlah menderma ke akaun Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian menerusi Hong Leong Bank, 0160020629­6.

Persekutua­n juga mengingatk­an orang ramai, mereka tidak menugaskan mana-mana orang, firma, atau organisasi untuk mendapatka­n derma atau barangan daripada orang awam.

Para penderma yang ingin menyampaik­an sumbangan secara langsung juga boleh berkunjung ke ‘Pusat Pengumpula­n’ yang ditubuhkan oleh Persekutua­n.

Ia dibuka pada Isnin hingga Sabtu, jam 9 pagi hingga 4 petang serta pada hari Ahad, dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi talian 0168559581 dan 012-8817778.

 ??  ?? TERIMALAH: Wee menyampaik­an sumbangan kepada kakitangan HUS.
TERIMALAH: Wee menyampaik­an sumbangan kepada kakitangan HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia