Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai disaran menderma darah kepada kepada HUS

-

KUCHING:BankDarahH­ospital Umum Sarawak (HUS) kini mengalami kekurangan bekalan darah dan seterusnya menyaranka­n penderma serta orang dewasa yang mempunyai status kesihatan baik untuk menyertai kempen derma darah mereka.

Penolong kebajikan bagi Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Kelvin Liew You Hong memaklumka­n bahawa Tabung Darah HUS dibuka dari Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 4.30 petang dan ditutup pada hari Sabtu dan Ahad.

Beliau memberitah­u penderma juga boleh berkunjung ke Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang dibuka setiap hari mulai 1 hingga 14 April, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menurut beliau, untuk memastikan proses derma darah berjalan secara selamat, bersih dan lancar, pegawai perubatan di semua tempat derma darah sudah mengambil langkah berjaga-jaga yang menyeluruh.

“Saya sedia maklum sekarang merupakan masa kritikal COVID-19. Anda mungkin takut untuk keluar, apatah lagi apabila kerajaan menetapkan hanya seorang dibenarkan keluar rumah untuk urusan penting sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Usah risau. Tiada sekatan bagi kempen pendermaan darah semasa PKP,” jelas beliau menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

“Sekiranya terdapat sekatan jalan raya, sila tunjukkan buku derma darah kepada polis yang bertugas.

Dalam pada itu Kelvin mengingatk­an orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai penutup hidung dan mulut serta sarung tangan, selain membawa cecair pembasmi kuman sebelum keluar rumah.

“Sila pastikan terdapat jarak sosial satu meter antara satu sama lain.

“Sebelum anda masuk ke Dewan A MBKS, pegawai perubatan akan memeriksa suhu badan anda. Hanya merekayang­bersuhu37d­arjah Celcius ke bawah dibenarkan masuk,” ujar beliau.

“Pegawai perubatan akan sentiasa bersedia untuk melayan dan membimbing anda sepanjang kempen derma darah ini.

“Selesai menderma darah, sila pulang ke rumah dengan kadar segera dan mandi sebaik sahaja di rumah serta minum air,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar lebih ramai yang akan menderma darah atas kerelaan mereka sendiri.

“Pilihan di tangan anda. Jika anda sudah bersedia maka sila pergi menderma darah. Satu darah dapat menyelamat­kan ribuan nyawa,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia