Utusan Borneo (Sabah)

Pematuhan PKP di Bintulu amat membanggak­an

Masih banyak kenderaan kerana pekerja perlu jalani operasi industri besar, perkhidmat­an penting

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pematuhan rakyat di Bintulu terhadap pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu amat tinggi meskipun dapat dilihat kenderaan banyak di atas jalan raya berikutan kebanyakan­nya golongan pekerja yang perlu menjalanka­n operasi industri besar dan perkhidmat­an penting di bahagian ini.

Panglima Briged Ke-31 Infantri Brigedier Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng berkata, Bintulu adalah bandar unik yang berlainan dengan bandar lain kerana mempunyai sumber minyak dan gas serta turut mempunyai pelabuhan penting yang memerlukan kerja-kerja operasi untuk industri itu diteruskan.

Begitupun katanya, saya mengambil kesempatan ini mengucapka­n terima kasih kepada rakyat di Bintulu kerana difahamkan pematuhan terhadap PKP di bahagian ini amat tinggi.

“Saya telah berada di sini sejak pelaksanaa­n fasa pertama PKP dan ini merupakan hari ke-12 pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanak­an tugas bersama yang amat baik dan bersemanga­t.

“(Bahkan) rakyat tempatan di Bintulu juga dilihat mengalu-alukan kehadiran kami dan memberi sumbangan dari segi makanan dan air minuman yang melambangk­an sanjungan mereka terhadap tugasan (barisan hadapan) PDRM dan tentera di Bintulu ini,” ujarnya ketika ditemui media semasa meninjau dan memantau sekatan jalan raya di Jalan Tun Hussein Onn menghala dari Jalan Miri ke pusat bandar ini semalam.

Beliau berkata, anggota tentera telah diatur gerak dalam Ops Penawar bermula 22 Mac dan sekarang adalah fasa kedua tentera ditugaskan bersama untuk membantu polis dalam pelaksanaa­n PKP ini.

Menurutnya, setiap hari tentera mempunyai 49 anggota membantu PDRM dalam sekatan jalan raya dan mengadakan rondaan bersama dan atur gerak tentera dibahagika­n dalam kitaran syif dan sebelum itu perlu melakukan pemeriksaa­n kesihatan, suhu badan, kelengkapa­n dan diberi taklimat.

Begitu juga selepas mereka melaksana tugas katanya, prosedur yang perlu dilaksanak­an ialah dari segi sanitasi atau nyah kuman, pemeriksaa­n kesihatan, suhu badan dan sebagainya.

“Jadi apa yang dilihat ia adalah dalam penugasan biasa tetapi kita mematuhi prosedur tertentu untuk menentukan anggota-anggota kita mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menjaga kesihatan mereka.

“Ia seperti disarankan Panglima Tentera Darat yang mana kita mesti sentiasa sihat dan melindungi diri,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang aset tentera akan diatur gerak untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan asas di pedalaman Sabah dan Sarawak semasa tempoh

PKP katanya, di Sarawak Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri bersidang setiap hari yang dihadiri pihak polis dan tentera yang mana Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) Mejar Jeneral Datuk Md Din Abu juga menghadiri­nya.

Justeru katanya, segala bantuan yang dipohon dengan menggunaka­n aset tentera akan dikoordina­sikan dan di Bintulu ini sekiranya ada keperluan tersebut kita akan membantu mengikut yang mampu tetapi buat masa sekarang keutamaan adalah membantu pihak polis dalam pelaksanaa­n PKP.

“Setakat ini Pejabat Residen Bintulu, saya difahamkan mereka telah mengkoordi­nasikan dan mengenal pasti tempat-tempat yang memerlukan bantuan ini dengan khidmat masyarakat tempatan,” katanya.

Turut bersama meninjau dan memantau sekatan jalan raya itu ialah Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili dan pegawai-pegawai kanan polis Bintulu.

“Saya telah berada di sini sejak pelaksanaa­n fasa pertama PKP dan ini merupakan hari ke-12 pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanak­an tugas bersama yang amat baik dan ” bersemanga­t. Brigedier Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng Panglima Briged Ke-31 Infantri

 ??  ?? TELITI: Johnny (kanan) dan Zulkipli (dua kanan) bersama anggota polis dan tentera memeriksa surat kebenaran bekerja yang dikeluarka­n majikan semasa tempoh PKP bagi perkhidmat­an penting di Bintulu.
TELITI: Johnny (kanan) dan Zulkipli (dua kanan) bersama anggota polis dan tentera memeriksa surat kebenaran bekerja yang dikeluarka­n majikan semasa tempoh PKP bagi perkhidmat­an penting di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia