Utusan Borneo (Sabah)

Operasi sektor perhutanan semasa PKP harus tepati syarat: JHS

-

KUCHING: Operasi sektor perhutanan yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hendaklah menggunaka­n tenaga kerja minimum dan mematuhi ketetapan serta syarat-syarat yang dikeluarka­n oleh kerajaan negeri.

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) semalam memberitah­u, operasi tersebut merangkumi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembalakan, industri perkilanga­n papan lapis, kayu gergaji dan perladanga­n hutan.

Pihak terlibat juga dikehendak­i mengambil langkah-langkah pengawalan ketat bagi mengelakka­n penularan wabak COVID19, ujar JHS menerusi satu kenyataan.

Justeru, semua pekerja sektor pembalakan dan ladang hutan dinasihati berada di tempat kerja masing-masing dan tidak digalakkan balik ke kampung dalam tempoh PKP.

Jelasnya, kebenaran diberikan kepada lori-lori untuk mengangkut balak ke kilang-kilang diluluskan untuk beroperasi oleh kerajaan termasuk di kawasan Samalaju dan Samajaya.

“Pas Pemindah (RP) akan dikeluarka­n kepada muatan berkenaan oleh Jabatan Hutan Sarawak,” ujarnya.

Menurut JHS juga, semua pemandu lori berkenaan mesti mendapat permit khas daripada jawatankua­sa pengurusan bencana di peringkat bahagian (Pejabat Residen) yang berdekatan.

“Kerajaan negeri turut membenarka­n eksport kayu balak dilaksanak­an seperti biasa dalam tempoh PKP dengan syarat pengekspor­t mesti mematuhi arahan semasa yang dikeluarka­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),” jelasnya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang COVID-19 juga bersetuju memberi diskaun 30 peratus terhadap sewa tanah tahunan (ALR) bagi tempoh pembayaran tahun 2020 kepada 43 pemegang lesen ladang hutan di Sarawak.

“Insentif ini diharap dapat membantu mengurangk­an beban pihak syarikat dalam menghadapi tempoh kegawatan ini di samping digunakan untuk membantu kebajikan pekerja masingmasi­ng.

“Kerajaan negeri juga bersetuju mengecuali­kan bayaran tambahan ke atas bil-bil royalti yang luput dalam tempoh PKP,” katanya.

JHS turut mengingatk­an bahawa arahan ini hanya berkuat kuasa semasa tempoh PKP dan bayaran tambahan akan dikenakan seperti sediakala setelah PKP ditamatkan.

Bil berkenaan menurut JHS, hendaklah dibayar dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pengeluara­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia