Utusan Borneo (Sabah)

Operasi DAP edar makanan asas kepada keluarga memerlukan

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri dan Pusat Khidmat DAP Pujut kelmarin tampil menerusi operasi ‘Love and Care Operation’ untuk mengedarka­n sumbangan 200 bungkusan makanan asas kepada keluarga yang memerlukan di kawasan Pujut, Piasau dan Senadin.

Pengerusi DAP Miri Dr Ting Tiong Choon berkata, sumbangan makanan asas terbabit dilaksanak­an selepas menerima banyak panggilan daripada masyarakat yang memerlukan bantuan terutama pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Kami telah menyediaka­n 200 bungkusan makanan asas dan diagihkan kepada penjaja di Pasar Malam Saberkas, Tamu Pujut Corner, keluarga di kawasan Sungai Adong, Pujut Corner, keluarga di Sungai Teniku dan keluarga di Krokop, Pujut serta Piasau Jaya.

“Setiap penerima tidak kira kaum dan agama, masingmasi­ng menerima sekampit beras 10kg, 2kg minyak masak, 2kg tepung dan 1kg gula. “Selain itu mereka turut diberikan tiga agihan sayursayur­an,” ujarnya.

Operasi ‘Love and Care Operation’ berkenaan diketuai pembantu peribadiny­a merangkap Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee.

Menurut Dr Ting, dana sumbangan telah dikumpul daripada peniaga tempatan dan individu serta Pusat Khidmat DAP Pujut.

“Walaupun tidaklah sebesar mana sumbangan ini, namun diharap ia dapat membantu keluarga yang memerlukan khususnya mereka yang berpendapa­tan rendah untuk bertahan sepanjang tempoh lanjutan PKP tersebut,” katanya.

Ujar beliau, ramai keluarga di Miri yang terjejas secara langsung berikutan PKP memandangk­an mereka terdiri daripada pekerja kontrak.

Peter Hee dibantu ahliahli DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta sukarelawa­n bagi melaksanak­an kerja pengagihan terbabit.

Menerusi operasi itu, sejumlah 90 penjaja Pasar Malam Saberkas, 56 penjaja Tamu Pujut Corner, 32 keluarga di Pujut Adong dan 12 keluarga di Sungai Teniku menerima bantuan terbabit.

Manakala selebihnya diagihkan kepada individu yang memohon bantuan di Miri.

Dr Ting dalam pada itu turut berterima kasih atas sumbangan yang telah diberikan daripada masyarakat yang prihatin.

“Sumbangan yang mereka berikan itu menunjukka­n bahawa warga Miri amat prihatin dan kaya dengan sikap pemurah serta semangat kasih sayang kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan sedemikian, sila hubungi Pusat Khidmat DAP di talian 016-852 0666.

 ??  ?? BANTUAN SEGERA: Latip bersama JKKK Kampung Sayung mengagihka­n sumbangan bantuan prihatin semalam.
BANTUAN SEGERA: Latip bersama JKKK Kampung Sayung mengagihka­n sumbangan bantuan prihatin semalam.
 ??  ?? IKHLAS: Peter Hee (kanan) mengagihka­n bantuan makanan asas kepada keluarga yang memerlukan pada operasi ‘Love and Care Operation’ kelmarin.
IKHLAS: Peter Hee (kanan) mengagihka­n bantuan makanan asas kepada keluarga yang memerlukan pada operasi ‘Love and Care Operation’ kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia