Utusan Borneo (Sabah)

Perlu pandangan KKM mengenai bazar Ramadan: Ismail Sabri

-

PUTRAJAYA: Keputusan sama ada bazar Ramadan akan diteruskan atau sebaliknya bergantung kepada pandangan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan situasi semasa COVID-19 di negara ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, bagaimanap­un berkata buat masa ini masih terlalu awal untuk membincang­kan perkara itu.

“Tidak ada perbincang­an formal lagi tentang perkara ini dan mesyuarat Jawatankua­sa Khas Menteri-menteri (Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan) pun masih belum membincang­kannya,” kata beliau selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa itu di sini, semalam.

Mengenai cadangan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n untuk prosedur pengurusan bazar Ramadan dipertingk­at bagi mengelak orang ramai bersesak di gerai-gerai jualan, Ismail Sabri berkata kerajaan akan melihat cadangan itu secara terperinci sama ada ia akan memberi kesan kepada masyarakat atau sebaliknya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebarang aduan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh disalurkan kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) yang telah ditubuhkan di setiap daerah.

Beliau berkata, aduan juga boleh disalurkan kepada setiap kementeria­n berkaitan melalui talian hotline yang diumumkan sebelum ini.

“Kadang-kadang kita lihat ada individu yang membuat aduan secara selfie (swafoto), secara video di YouTube dan sebagainya. Saya berterima kasih kepada perhatian mereka tetapi kita mempunyai pusat tempat aduan dan seumpamany­a,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghulurk­an bantuan kepadagolo­nganmemerl­ukan pula boleh menyalurka­nnya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang juga termasuk dalam JKPBD.

“Kelmarin, JKM telah pun mengeluark­an peraturan bagi mereka yang berminat untuk menghantar barangan, antara yang saya dimaklumka­n bahawa perlu berdaftar dengan pihak JKM, yang kedua mestilah jelas kepada siapa nak dihantar, senarainya perlu ada,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada semua NGO yang sangat prihatin kepada permasalah­an yang timbul terutamany­a melibatkan kebajikan rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia