Utusan Borneo (Sabah)

Penganut Kristian hayati Minggu Suci menerusi platform digital

-

KUALA LUMPUR: Gereja di seluruh negara akan menggunaka­n laman sosial bagi membolehka­n penganut Kristian menghayati Minggu Suci sebelum sambutan Easter susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang perhimpuna­n ramai di rumah ibadat.

Minggu Suci penganut Kristian bermula Ahad ini yang dinamakan Ahad Palma bagi memperinga­ti kemasukan Nabi Isa ke kota Baitulmuqa­ddis disusuli ‘Jumaat Agung’ (hari Nabi Isa disalib) dan Easter (hari kebangkita­n Nabi Isa).

Tahun ini, Jumaat Agung jatuh pada 10 April dan Easter pada 12 April.

Bagaimanap­un, penganut Kristian tidak dapat mengikuti upacara sembahyang di gereja kerana lanjutan tempoh PKP berkuat kuasa sehingga 14 April dalam usaha kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, kerajaan mengumumka­n larangan semua bentuk perhimpuna­n termasuk mesyuarat antarabang­sa, acara sukan dan sosial serta perhimpuna­n keagamaan sehingga 30 April ini.

Tinjauan dalam laman sesawang menunjukka­n majlis

Biskop Katolik Semenanjun­g Malaysia telah menggantun­gkan semua upacara sembahyang mingguan dan aktiviti keagamaan harian mulai 14 Mac hingga 14 April ini.

Laman sesawang itu menyebut pengikut Katolik boleh mengikuti upacara sembahyang menerusi dalam talian di alamat https://www. youtube.com/c/ArchklOrg dan https://archkl.org/index. php/tv-archkl-org.

Jadual bulan ini juga turut tertera dalam laman sesawang itu.

Paderi Gereja St Anthony, di Teluk Intan, Perak, Rev. David Lourdes, berkata penganut digalak sembahyang secara beramai-ramai dalam talian.

“Pengikut Katolik boleh mengikuti semua upacara sembahyang dalam platform digital. Saya rasa upacara sembahyang secara beramairam­ai dalam talian dikendalik­an serentak oleh dua atau tiga kawasan uskup. Ini adalah persediaan yang dilakukan untuk Minggu Suci ini,” katanya.

Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia (CCM), Rev. Dr Hermen Shastri, berkata pihak gereja di negara ini akan membuat penstriman langsung upacara sembahyang dan ceramah di pelbagai platform media sosial yang penganut mempunyai akses Internet.

Selain itu, rakaman upacara sembahyang turut dimuat naik bagi individu dan keluarga, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penganut Kristian menghargai usaha yang dijalankan oleh pihak gereja dan memahami langkah tersebut diambil pada masa yang luar biasa ini.

Dua gereja di Lembah Klang turut merancang aktiviti keagamaan masingmasi­ng sempena Minggu Suci bermula Isnin ini hingga Easter, Ahad.

Paderi Gereja Methodist Tamil Sentul dan Gereja Methodist Gateway, Kelana Jaya, Rev. Justin Clarence, berkata aktiviti keagamaan termasuk doa harian, ceramah dan tafakur dalam talian turut disediakan menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata pada hari Easter, kira-kira 500 penganut daripada kedua-dua gereja itu dapat mengikuti upacara sembahyang dan ceramah dalam talian yang akan dikendalik­an oleh Presiden

Persidanga­n Tahunan Gereja Methodist Tamil, Rev. Dennis Raj.

Sebelum itu, rakaman ceramah Jumaat Agung akan disiarkan dalam laman rasmi Facebook gereja tersebut, katanya.

Selain upacara keagamaan, Rev. Justin turut memaklumka­n bahawa anggota gerejanya turut menghulurk­an bantuan kepada yang memerlukan semasa tempoh PKP.

Sementara itu, seorang penganut, Jessica Loh Pui Yin, 27, dari Gereja City Tabernacle Kuala Lumpur, berkata beliau akan merindui upacara sembahyang mingguan khususnya pada hari Jumaat Agung dan Easter.

“Tetapi kami diajar bagaimana untuk mengadakan upacara sembahyang di rumah. Bagi sembahyang Jumaat Agung dan Easter, kami akan menggunaka­n format yang diberi oleh paderi dan mendengar ceramah rakaman dalam Facebook,” katanya.

Bagi Vincent Yanapragas­am, 31, dari Gereja St Anne di Pelabuhan Klang, beliau akan mengikuti ceramah Jumaat Agung dan Easter dalam talian bersama ahli kelurganya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia