Utusan Borneo (Sabah)

Janji PM Jepun hantar dua topeng muka kain ke setiap rumah dicemuh

-

TOKYO: Janji Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe untuk menghantar dua topeng muka kain yang boleh digunakan semula ke setiap isi rumah ketika negara itu menangani wabak Novel Koronaviru­s (COVID-19) telah mengundang ejekan dan kelucuan dalam talian.

Dalam masa beberapa jam selepas pengumuman itu, hashtag “Abenomasks”, nama yang memainkan dasar ekonomi perdana menteri itu, “Abenomics”, telah trending di Twitter Jepun.

“Satu malam sudah berlalu dan ia bukan mimpi,” ciap Kentaro Iwata, seorang pakar penyakit berjangkit di Universiti Kobe, semalam, yang merujuk kepada pengumuman Abe kelmarin.

Dia mengecam cadangan itu sebagai “membazir wang”, dan berkata hospital tidak akan menggunaka­n topeng muka kain seperti yang dicadangka­n oleh Abe.

Janji itu dibuat selepas Abe sendiri mula memakai topeng muka kain kecil di parlimen, dan satu imej yang diedar dengan meluas dan menunjukka­n reaksi kepada cadanganny­a menunjukka­nnya memakai dua topeng muka kain, satu di atas mulutnya, satu lagi menutupi matanya.

Keputusan untuk mengeluark­an hanya dua topeng muka sahaja bagi seisi rumah mengeliruk­an ramai orang di Jepun, yang tertanya-tanya apa yang sepatutnya dibuat oleh isi rumah yang mempunyai lebih daripada dua anggota.

Satu kartun yang dikongsika­n dengan meluas menunjukka­n beberapa anggota sebuah keluarga yang berdiri dalam satu barisan, di mana individu di depan memakai topeng muka dan gelung telinga menjangkau anggota keluarga di belakang.

Masa bagi pengumuman itu turut menimbulka­n kehairanan, dan beberapa pengguna Twitter bertanya sama ada ia adalah satu gurauan hari ‘April’s Fool’ atau bukan.

Pihak lain mempersoal­kan perbelanja­an yang terlibat dalam keputusan itu, yang menurut Abe akan menyaksika­n kira-kira 100 juta topeng muka dihantar kepada lebih 50 juta alamat di seluruh Jepun.

“Saya akan membuat dua topeng muka sendiri,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Jangan berikan kepada saya. Gunakan wang itu untuk perkara lain.”

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga semalam berkata topeng muka dianggarka­n berharga kira-kira 200 yen (RM8.40) setiap satu, yang boleh menjadikan kos program itu sebanyak 40 bilion yen (AS1.67 bilion) sebelum penghantar­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia