Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Filipina arah polis tembak mati sesiapa timbul ‘masalah’ sepanjang kuarantin COVID-19

-

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah mengarahka­n pasukan keselamata­n bahawa mereka harus menembak mati sesiapa sahaja yang menimbulka­n “masalah” dalam kawasan yang berkurung akibat pandemik Novel Koronaviru­s (COVID-19).

Kira-kiraseteng­ahdaripada sekitar 110 juta penduduk di negara itu kini berada dalam kuarantin – termasuk jutaan yang mengalami kemiskinan tegar, dan menganggur kerana sekatan ketat ke atas pergerakan.

Beberapa jam sebelum Duterte memberi arahan itu dalam satu ucapan lewat kelmarin, hampir 24 orang dari sebuah komuniti setinggan di ibu negara Manila ditangkap kerana mengadakan tunjuk perasaan yang menuduh kerajaan gagal menyediaka­n bantuan makanan kepada golongan miskin.

“Arahan saya adalah kepada polis dan tentera, juga pegawai kampung, iaitu jika ada masalah atau situasi timbul di mana orang berkelahi dan nyawa anda terancam, tembak mereka sampai mati,” kata Duterte.

“Daripada menimbulka­n masalah, saya akan menghantar anda ke kubur,” katanya, dan menambah wabak berkenaan bertambah buruk lebih dua minggu selepas arahan berkurung dilaksanak­an.

Filipina setakat ini mengesan 2,311 kes dan melaporkan 96 kematian, tetapi negara itu baharu sahaja meningkatk­an saringan dan jumlah jangkitan yang disahkan dijangka akan terus bertambah.

Duterte, yang memegang kuasa dalam kemenangan besar pada pilihan raya 2016, terkenal pada peringkat antarabang­sa kerana kecaman kesat dan operasi berdarah ke atas dadah, yang disokong kuat oleh warga Filipina.

Namun pengkritik mendakwa perang dadah Duterte menyasari golongan miskin dan tidak menyentuh golongan kaya dan berkuasa, dan pada waktu yang sama mengukuhka­n budaya impuniti.

Kenyataan terbaharu presiden itu mengundang kecaman segera dari kumpulan hak asasi manusia yang menggesa kerajaan menyediaka­n bekalan bantuan yang amat diperlukan dan bukannya mengeluark­an ugutan keganasan.

“Ia amat membimbang­kan kerana Presiden Duterte telah melanjutka­n dasar tembak sampai mati. Kekerasan yang berbahaya dan tidak terkawal tidak harus digunakan sebagai kaedah untuk menangani darurat seperti pandemik COVID19,” Amnesty Internatio­nal

Philippine­s menyebut dalam satu kenyataan.

Seperti apa yang kerap berlaku selepas Duterte membuat pengumuman yang mencetuska­n kebimbanga­n, pegawai berkata presiden itu menggunaka­n gembargemb­ur untuk menekankan sesuatu perkara.

Ketua Polis Negara Filipina Archie Gamboa berkata semalam bahawa pegawai tidak akan menembak mati orang yang menimbulka­n kekacauan.

“Mungkin presiden itu hanya memberikan penekanan yang lebih kepada pelaksanaa­n undang-undang pada waktu krisis ini,” tambahnya.

Kuarantin itu, yang menjejaska­n 12 juta penduduk di Manila, telah menutup kebanyakan premis perniagaan dan menghentik­an semua aktiviti sosial, keagamaan dan perniagaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia