Utusan Borneo (Sabah)

#StayAtHome: Personalit­i Astro Radio bekerja dari rumah

-

DENGAN penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan, kesemua 11 jenama Astro Radio bersama personalit­ipersonali­ti popular terus memberi kesedaran secara proaktif tentang perilaku yang betul dalam menangani wabak COVID-19.

Untuk menyesuaik­an diri dengan PKP dan mengalakka­n penjarakan sosial, beberapa personalit­i Astro Radio kini bekerja dari rumah, selaras dengan #StayAtHome atau #DudukRumah yang dinasihatk­an, dan memastikan masyarakat Malaysia terus mendapat maklumat terkini, mengekang penyebaran berita palsu dan meneruskan segmensegm­en mereka yang menghiburk­an di udara dan media sosial.

Personalit­i-personalit­i yang bersiaran dari rumah setakat ini merangkumi kesemua personalti dari MY, MELODY, GOXUAN and ERA Sarawak, dan juga Calista (HITZ); Ashley (MIX); Sham & Soraya (LITE); Zahier & Munabella (ERA); Mijul (ERA Sabah); dan Uthaya & Kogulan (RAAGA).

Kesemua personalit­i ini terus bersiaran di rumah menggunaka­n kelengkapa­n seperti komputer riba dengan perisian penyunting audio, telefon, fon telinga dan mikrofon.

Sesetengah personalit­i turut menggunaka­n kreativiti mereka bagi menghasilk­an audio kalis bunyi dengan menggunaka­n barangan di rumah seperti bantal.

Segmen-segmen pula perlu dirakamkan terlebih dahulu dan dihantar kepada jurutera pengeluara­n untuk pelarasan yang diperlukan, dan kemudian dimuat naik ke dalam sistem untuk disiarkan di radio.

Semasa bekerja di rumah, personalit­ipersonali­ti ini terus berinterak­si bersama para peminat dengan memuat naik gambar dan video di media sosial, perbincang­an di aplikasi WhatsApp, dan juga menerusi permainan video di telefon.

Semua masyarakat Malaysia boleh strim kesemua jenama-jenama Astro Radio menerusi aplikasi SYOK untuk menerima maklumat terkini, sambil menikmati hiburan mesra keluarga di rumah.

Muat turun aplikasi SYOK dari Google Play Store atau Apple App Store. Nikmati 25 jenama radio, podcast, video dan lebih lagi di SYOK!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia