Utusan Borneo (Sabah)

Penguatkua­saan kini memasuki mod ‘keras’: Ismail Sabri

Meskipun terdapat penurunan jumlah penahanan individu, namun masih ramai yang berdegil dalam mematuhi PKP

-

PUTRAJAYA: Penguatkua­saan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memasuki fasa ‘keras’ dalam usaha memastikan masyarakat patuh kepada pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata meskipun terdapat penurunan jumlah penahanan individu dalam pemeriksaa­n dan sekatan jalan raya, namun masih ramai yang berdegil dalam mematuhi PKP.

“Mulanya berlembut dan menasihati, selepas itu bertukar kepada tegas dan kini mod pihak polis adalah keras, jadi kita harap rakyat patuh (PKP),” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Menterimen­teri Mengenai PKP di sini semalam.

Mengenai status pemeriksaa­n dikendalik­an polis, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, 562 individu ditahan kelmarin berbanding 583 pada Selasa sekali gus menunjukka­n terdapat penurunan dari segi tangkapan.

“Jika 3.6 peratus trend

“Mulanya berlembut dan menasihati, selepas itu bertukar kepada tegas dan kini mod pihak polis adalah keras, jadi ” kita harap rakyat patuh (PKP).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n)

penurunan ini menunjukka­n pematuhan rakyat kepada perintah, maka ianya adalah satu perkara yang baik dan sebenarnya ditunggu-tunggu pihak kerajaan kerana rakyat telah pun sedar tentang tanggungja­wab mereka untuk mematuhi setiap arahan yang dikeluarka­n kerajaan,” katanya.

Sepanjang PKP dilaksanak­an sehingga ke semalam, beliau berkata seramai 4,189 individu ditahan dengan 1,449 individu daripada mereka telah pun dituduh di mahkamah termasuk atas kesalahan mengganggu dan menghalang pihak berkuasa melaksanak­an tugas.

Tegasnya, sebanyak 687 sekatan jalan raya telah dilaksanak­an semalam melibatkan pemeriksaa­n terhadap 380,342 kenderaan selain pemeriksaa­n ke atas 3,791 premis perniagaan.

Sementara itu, ditanya andai kerajaan telah bersedia untuk melanjutka­n PKP apabila tamat pada 14 April ini, Ismail Sabri berkata perkara itu akan diteliti Kementeria­n Kesihatan terlebih dahulu dengan mengambil kira situasi semasa pada jumlah kes positif COVID-19.

Tegasnya, faktor jumlah individu yang tidak mematuhi PKP itu juga turut diambil kira sebelum sebarang keputusan untuk melanjutka­nnya dibuat kerajaan.

“Alhamdulil­lah kalau kita lihat daripada laporan Kementeria­n Kesihatan trend dari segi jumlah positif tu tidak meningkat tetapi masih mendatar,” katanya.

Malaysia, yang pertama kali menguatkua­sakan PKP pada 18 Mac lepas melanjutka­n perintah kawalan itu sehingga 14 April dengan prosedur operasi yang lebih ketat, dalam usahanya memerangi wabak COVID-19, selepas fasa pertama berakhir 31 Mac.

Pelaksanaa­n PKP itu sebagai usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan dalam komuniti, antara lain menyaksika­n penguatkua­saan sekatan perjalanan keluar dari negeri masing-masing termasuk ke luar negara, serta tiada aktiviti di rumah ibadat, sekolah dan institut pengajian tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia