Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki yang tular rompak pembantu jururawat didakwa

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar yang tular di media sosial selepas merompak seorang pembantu jururawat wanita semasa pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini semalam.

Mohd Yahya Mohd Kasim, 21, yang tidak bekerja mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Tertuduh didakwa merompak Nurashikin Azly, 22, dengan mengambil kad pengenalan, kad mesin pengeluara­n wang automatik (ATM), kad perakam waktu dan surat kebenaran bekerja milik mangsa di Jalan Bandar Rawang, Gombak di sini pada jam 7.50 malam, 23 Mac lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang diwakili peguam Azman Abdullah.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warganegar­a Malaysia berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Hakim Maziah Joary menetapkan 14 Mei untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang sedang membuka pintu pagar rumahnya didatangi suspek dari arah belakang dan meragut beg tangannya.

Mangsa tidak mengalami kecederaan tetapi kehilangan beberapa barangan peribadi seperti dokumen pengenalan, kad bank dan dokumen pejabat.

Satu rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu turut viral di media sosial. Sementara itu, Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes saman RM10 juta oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap Penasihat DAP Lim Kit Siang kerana didakwa memfitnahn­ya dalam satu artikel berhubung dakwaan penglibata­nnya dalam skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Peguam Harshaan Zamani, yang mewakili Lim memberitah­u Bernama, pengurusan kes itu ditetapkan pada semalam di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar bagaimanap­un ia dilapangka­n berikutan kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata mahkamah menetapkan 29 April untuk pengurusan kes seterusnya. Tarikh perbicaraa­n pula telah ditetapkan ketika prosiding sebelum ini iaitu pada 28 hingga 30 September dan 1 hingga 2 Oktober.

Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi memfailkan saman fitnah terhadap Lim dan berdasarka­n pernyataan tuntutanny­a, plaintif mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan menyebabka­n penyiaran atau penerbitan artikel bertajuk ‘Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity’ dalam portal berita Malaysiaki­ni. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia