Utusan Borneo (Sabah)

Ingkar PKP: Polis KL buka 105 kertas siasatan

-

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur telah membuka sebanyak 105 kertas siasatan berkaitan kes ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sepanjang tempoh fasa pertama PKP sejak 18 Mac sehingga kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, seramai 194 individu terdiri daripada 127 warga tempatan dan 67 warga asing berusia dalam lingkungan 16 hingga 86 tahun, telah ditangkap kerana mengingkar­i PKP.

“Seramai 64 orang telah dituduh di mahkamah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya seramai 4,368 petugas terdiri daripada anggota polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela), ditugaskan memastikan pelaksanaa­n PKP fasa kedua bermula semalam hingga 14 April dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD), dipatuhi sepenuhnya.

“Polis akan mengadakan sebanyak 56 sekatan jalan raya dan lain-lain tindakan penguatkua­saan, serta pemeriksaa­n sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap indvidu-individu, yang ingkar menurut peruntukan undang-undang di bawah Akta 342 Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLan­gkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan 188 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata 184 kes jenayah direkodkan di sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh penguatkua­saan PKP fasa pertama, iaitu kurang daripada nilai ambang sebanyak 432 kes yang disasarkan.

Beliau berkata, jenayah kekerasan mencatatka­n penurunan sebanyak 62.8 peratus dan jenayah harta benda pula menunjukka­n penurunan sebanyak 55.5 peratus.

“Penurunan kadar jenayah disebabkan pihak polis telah meningkatk­an jumlah sekatan jalan raya, rondaan kereta peronda, elemen-elemen balai polis dan mewujudkan pasukan pemantau yang berperanan menguatkua­sa pelaksanaa­n PKP, sekali gus mencegah jenayah berlaku,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya turut berusaha keras dalam memastikan penguatkua­saan PKP bagi tujuan membendung penularan wabak COVID19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia