Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan hanya diagihkan di kampung, rumah panjang

Penduduk kampung, rumah panjang tidak perlu menyerbu Pusat Khidmat DUN untuk mendapatka­n bekalan makanan: Lee

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

“Kita tidak pernah meminta mereka datang menyerbu Pusat Khidmat DUN Senadin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ” dilaksanak­an.

Datuk Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an

MIRI: Penduduk kampung dan rumah panjang khasnya di konstituen­si Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin tidak perlu menyerbu Pusat Khidmat DUN untuk mendapatka­n bekalan makanan.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin berkata, bantuan daripada kerajaan negeri itu akan disalurkan ke kampung dan rumah panjang menerusi ketua kampung atau penghulu.

“Kitatidakp­ernahmemin­ta mereka datang menyerbu Pusat Khidmat DUN Senadin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

“Apa yang berlaku hari ini adalah salah faham dan mereka datang menyerbu pusat khidmat kita kerana menyangkak­an agihan dilakukan di sini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Lee yang juga ADUN Senadin memberitah­u, 18 kampung dan rumah panjang di kawasannya akan diagihkan bantuan secara berperingk­atperingka­t.

“Sehubungan itu saya memohon agar penduduk kampung dan rumah panjang berpendapa­tan rendah bersabar dan duduklah di rumah menunggu bantuan mereka diagihkan oleh ketua kampung atau penghulu,” jelasnya.

Pagi semalam, gambar lebih 100 penduduk yang berbaris menunggu bantuan keperluan asas di hadapan Pusat Khidmat

DUN Senadin menjadi tular serta menimbulka­n salah faham di kalangan netizen.

Penduduk daripada kumpulan B40 itu datang dari kawasan Permyjaya, Tudan dan Bukit Song.

“Apa yang berlaku sebenarnya ialah bantuan daripada kerajaan negeri iaitu barangan keperluan asas telah sampai dan dihantar ke Pusat Khidmat DUN Senadin pagi tadi (semalam).

“Semasa mereka menurunkan barang berkenaan, kemungkina­n penduduk ini beranggapa­n bantuan diagihkan di sini dan mereka kemudian menyerbu kakitangan yang sedang menyusun barang.

“Saya berharap pihak yang sengaja menularkan gambar yang kononnya Pusat Khidmat DUN Senadin tidak mematuhi PKP adalah tidak benar dan mereka perlu mendapatka­n cerita atau fakta yang sebenar,” tegasnya.

Lee berkata, pihaknya terpaksa memanggil pihak polis dan RELA bagi meleraikan orang awam yang berkumpul di pekarangan pejabat berkenaan.

“Ini memberikan kita satu pengalaman, saya telah memberitah­u Ketua Polis Daerah Miri bahawa kemungkina­n kita akan mengagihka­n bantuan di balai raya agar lebih terkawal,” ujarnya.

 ??  ?? SALAH FAHAM: Gambar yang menunjukka­n orang awam berkumpul di Pusat Khidmat DUN Senadin untuk mendapatka­n bantuan makanan menjadi tular di media sosial.
SALAH FAHAM: Gambar yang menunjukka­n orang awam berkumpul di Pusat Khidmat DUN Senadin untuk mendapatka­n bantuan makanan menjadi tular di media sosial.
 ??  ?? HARAP FAHAM: Lee (gambar) menjelaska­n situasi sebenar kejadian yang berlaku di pekarangan pejabatnya semalam.
HARAP FAHAM: Lee (gambar) menjelaska­n situasi sebenar kejadian yang berlaku di pekarangan pejabatnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia