Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri harus pastikan keperluan di hospital mencukupi: Ling

-

MIRI: Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Senator Alan Ling menggesa kerajaan negeri memantau situasi setiap hospital bagi memastikan jumlah tenaga kerja yang mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan negeri juga harus memastikan kemudahan dan peralatan perubatan mencukupi serta berfungsi untuk merawat pesakit COVID-19,” jelasnya.

Dalam kenyataann­ya semalam, Ling mahu kerajaan mempercepa­tkan pengagihan bekalan peralatan perlindung­an Ddri (PPE) seperti pelindung muka dan sarung tangan yang kini berkuranga­n untuk petugas barisan hadapan di hospital.

Selain itu, khidmat pakar perubatan dari China juga dicadang digunakan kerajaan negeri untuk mengatasi penularan wabak maut itu di negeri ini.

“Diharap kepakaran mereka dapat membantu kita memerangi wabak ini daripada menjadi semakin serius.

“Ini boleh dilakukan dengan perbincang­an antara kedua-dua belah pihak China dan Sarawak, “jelasnya.

Beliau juga yakin cadangan tersebut akan diterima ramai melihat kepada kejayaan kerajaan China mengatasi dan mengawal wabak itu sekarang.

Sehubungan itu, Ling sekali lagi menyeru masyarakat untuk mematuhi peraturan PKP, mengamalka­n penjarakan sosial dan menitibera­tkan kebersihan diri.

Sarawak mencatat dua kes kematian baharu kelmarin menjadikan jumlah korban COVID-19 di negeri ini meningkat tujuh kes.

Bagi kes positif COVID-19, sebanyak enam kes baharu dilaporkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruha­n 135 kes.

Untuk kes pesakit dalam siasatan (PUI), sebanyak 50 kes baharu menjadikan jumlah keseluruha­n 1,176 kes.

Daripada jumlah itu, 977 kes negatif dan 64 kes PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia