Utusan Borneo (Sabah)

PKP peluang terbaik memanfaatk­an teknologi untuk bekerja dari rumah

-

MIRI: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan peluang terbaik untuk kakitangan syarikat membukamin­dadanmembe­ri perspektif baharu terhadap pelaksanaa­n bekerja dari rumah menerusi penggunaan Internet dan teknologi.

Temu bual Utusan Borneo dengan kakitangan swasta mengenai perkara ini menunjukka­n situasi bekerja dari rumah merupakan perkara baharu bagi mereka terutama apabila melibatkan penggunaan sesuatu aplikasi di Internet untuk menjalanka­n mesyuarat bersama rakan sekerja.

Kakitangan­swastaEddi­sson EddieFredd­ieTikasber­kongsi pengalaman­nya bekerja dari rumah apabila berasa kekok pada mulanya mengadakan mesyuarat bersama rakan sepejabat menerusi aplikasi Google Meet.

“Kebiasaann­ya kami akan bermesyuar­at secara bersemuka yang bagi saya ia lebih mudah kerana kita dapat mendengar pandangan setiap orang dengan lebih jelas.

“Semasa PKP ini kami ada menggunaka­n aplikasi Google Meet untuk berbincang seramai lebih kurang 10 orang.

“Setiap orang akan diberitahu awal mengenai jam untuk mesyuarat dalam talian supaya masing-masing dapat mempastika­n Internat stabil ketika itu dan ada peralatan digunakan seperti komputer riba dan telefon pintar,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurut Eddison Eddie, pertama kali mengadakan mesyuarat dalam talian memang agak sukar dan tidak menyenangk­an pada mulanya.

“Mesyuarat dalam talian ada kekurangan­nya juga apabila terdapat gangguan talian Internet yang kurang stabil kerana tidak semua kami berada di tengah-tengah bandar yang Internetny­a agak laju.

“Bagi saya mesyuarat dalam talian terutama ketika bekerja dari rumah dalam tempoh PKP ini sesuai hanya untuk empat orang, kalau terlampau ramai menyebabka­n salah komunikasi berlaku.

“Namun setiap mesyuarat pasti akan ada pencatat minit, jadi saya akan mencatat minit kemudianny­a akan dikongsi semula di dalam kumpulan WhatsApp untuk semua melihat semula ringkasan apa yang dibincangk­an dalam mesyuarat itu, ini akan lebih memudahkan kerja kami kelak,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Zafirah Bujang yang bertugas sebagai pembantu hal ehwal pelajar di sebuah kolej swasta juga berpendapa­t sama kerana beliau perlu mengambil masa menyesuaik­an diri bekerja dari rumah buat pertama kalinya.

“Agak sukar pada mulanya kerana bekerja dari rumah tidak pernah saya buat sebelum ini, tapi setelah dua minggu PKP saya mula menyesuaik­an diri dengan situasi ini.

“Bagi jabatan saya, kami lebih suka menggunaka­n aplikasi WhatsApp untuk berhubung tentang kerjakerja harian, saya akan sentiasa memaklumka­n kepada ketua jabatan mengenai apa sahaja tugasan yang perlu disiapkan pada hari tersebut.

“Malah kerja saya berkait rapat dengan pelajar di kolej, jadi medium WhatsApp itu amat penting dan kebanyakan mereka ada aplikasi itu.

“Jika diperlukan segera, saya akan menghubung­i mereka,” jelas beliau.

 ??  ?? SESUAIKAN DIRI: Zafirah berada di ruang kerjanya di rumah menyiapkan tugasan harian menggunaka­n komputer riba.
SESUAIKAN DIRI: Zafirah berada di ruang kerjanya di rumah menyiapkan tugasan harian menggunaka­n komputer riba.
 ??  ?? TEKNOLOGI: Tangkap layar menunjukka­n Eddisson Eddie (atas kiri) mengadakan mesyuarat dalam talian bersama rakan sepejabatn­ya menggunaka­n aplikasi Google Meet.
TEKNOLOGI: Tangkap layar menunjukka­n Eddisson Eddie (atas kiri) mengadakan mesyuarat dalam talian bersama rakan sepejabatn­ya menggunaka­n aplikasi Google Meet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia