Utusan Borneo (Sabah)

RM100 juta diperuntuk­kan di bawah Inisiatif Wilayah Cakna, bantu golongan terkesan PKP

-

PUTRAJAYA: Seramai 100,000 orang akan menerima bantuan dan manfaat di bawah Inisiatif Wilayah Cakna melibatkan peruntukan sebanyak RM100 juta, kata Menteri Wilayah Persekutua­n Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata peruntukan tersebut termasuk pengagihan bantuan dalam bentuk makanan dan barangan, pengecuali­an bayaran sewa selama enam bulan, sumbangan tunai kepada golongan miskin bandar serta peniaga kecil dan penjaja.

“Sebelum ini, di bawah inisiatif Wilayah Cakna kita memperuntu­kkan lebih RM63 juta namun selepas pengumuman Bantuan Prihatin Nasional dibuat, kita selaraskan dan kini kita menanggung kira-kira RM100 juta untuk bantuan tersebut,” katanya kepada media di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an bantuan barangan keperluan asas kepada wakil dari 200 penerima asnaf dan B40 di Putrajaya yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), serta komuniti Putrajaya yang disahkan dijangkiti COVID19.

Annuar berkata bagi bantuan tunai, agensi terlibat diminta mempermuda­h dan menyegerak­an pemberian kepada golongan yang layak selewat-lewatnya 10 April ini.

Katanya bantuan tersebut termasukla­h bantuan tunai dari Inisiatif Wilayah Cakna dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n kepada golongan asnaf dan berpendapa­tan rendah serta bantuan ‘one-off’ RM500 kepada peniaga kecil dan penjaja.

“Walaupun jumlah bantuan yang diberikan tidak banyak tetapi bagi keluarga yang memerlukan ianya sangat mustahak,” katanya.

Beliau berkata bagi penerima yang tidak mempunyai maklumat lengkap seperti maklumat akaun bank, pegawai terbabit akan pergi ke rumah bagi menyampaik­an sumbangan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Annuar menyampaik­an sumbangan kepada wakil penerima Mohd Yaakob Ahmad (dua kanan) pada Majlis Penyampaia­n Bantuan kepada Golongan Asnaf dan B40 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Annuar menyampaik­an sumbangan kepada wakil penerima Mohd Yaakob Ahmad (dua kanan) pada Majlis Penyampaia­n Bantuan kepada Golongan Asnaf dan B40 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia