Utusan Borneo (Sabah)

Melaka tubuh jawatankua­sa khas tangani COVID-19

-

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka menubuhkan jawatankua­sa khas bagi memantau dan menyampaik­an maklumat kepada rakyat berhubung wabak COVID19 di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata jawatankua­sa khas itu diketuai Pengerusi Jawatankua­sa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

“Objektif penubuhan jawatankua­sa khas itu adalah untuk membolehka­n kerajaan negeri mendapatka­n maklumat yang disampaika­n di peringkat bawahan selain lebih memahami keadaan sebenar wabak COVID-19 ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri membuat keputusan untuk menangguhk­an Solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini atau sehingga ada arahan selanjutny­a. serta membatalka­n penganjura­n Bazar Ramadan di negeri ini.

Dalam perkembang­an lain, Sulaiman berkata kerajaan negeri bersetuju meluluskan tiga insentif khas berjumlah lebih RM2.84 juta iaitu tambahan kepada insentifin­sentif yang diumumkan kepada rakyat sebelum ini susulan wabak COVID19.

Insentif itu melibatkan pertama, penangguha­n bayaran cas abstraksi air kepada 169 pemegang lesen abstraksi air mentah mulai April sehingga Jun dan kedua, bayaran insentif kepada 495 petugas barisan hadapan pihak berkuasa tempatan secara bulanan sehingga wabak COVID-19 selesai.

Ketiga, penguranga­n sewa bagi penyewa industri kecil dan sederhana (IKS) dan Pengusaha Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) iaitu bagi yang mempunyai tunggakan tidak lebih dua bulan akan diberi pengecuali­an dua bulan sewa, manakala tunggakan lebih dua bulan akan diberi diskaun 50 peratus bagi dua bulan sewa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia