Utusan Borneo (Sabah)

Yuran tadika Islam, taska asuhan dkecuali April-Jun: MAIWP

-

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) melaksanak­an pengecuali­an bayaran yuran tadika Islam dan taska asuhan kanak-kanak di bawah MAIWP bermula April sehingga Jun dan meluluskan RM34.13 juta zakat bagi membantu mereka yang memerlukan di Wilayah Persekutua­n.

Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee dalam satu kenyataan berkata inisiatif terbaru itu untuk meringanka­n beban rakyat berikutan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

“Terdapat 79 buah Tadika Islam MAIWP di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan dua buah taska asuhan iaitu Taska Darul Hannan. Pengecuali­an bayaran yuran bulanan April hingga Jun ini akan memberi manfaat kepada hampir 6,000 ibu bapa dengan impak kewangan hampir RM1 juta,” katanya.

Syed Hussien berkata MAIWP sebelum ini telah meluluskan 10 bentuk bantuan sejak PKP berkuat kuasa pada 18 Mac lepas menerusi misi #MusaadahCO­VID19 yang digerakkan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Antara bantuan yang diluluskan adalah pembayaran Bantuan Kewangan Bulanan bagi Mac diawalkan dari 25

Mac ke 19 Mac berjumlah RM9.67 juta kepada 24,196 asnaf, penyaluran Bantuan Zakat Khas Tambahan RM500 kepada setiap penerima yang sama pada awal April 2020 bernilai RM12.1 juta dan bantuan peralatan pernafasan kepada tujuh hospital bernilai RM3.27 juta;

Selain itu, bantuan makanan harian kepada petugas barisan hadapan hospital, pelajar dan penghuni institusi perlindung­an berjumlah RM49,000, bantuan 100 set bantal dan tilam bagi Pusat Khas Gelandanga­n berjumlah RM15,000, bantuan Zakat Kecemasan kepada yang terjejas pendapatan dengan peruntukan sebanyak RM3 juta, bantuan penutup hidung dan mulut, termometer dan cecair pembasmi kuman menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bernilai RM5.05 juta;

Bantuan kepada Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) bernilai RM50,000, bantuan kepada pelajar Wilayah Persekutua­n di Mesir bernilai RM20,000 dan bantuan kepada Yayasan Kaseh Kanser & Kronik sebanyak RM20,000.

Syed Hussien berkata, MAIWP menerusi Skuad Jejak Asnaf Baitulmal juga turun padang bagi membantu keluarga yang terputus keperluan harian dan perbelanja­an akibat PKP yang antaranya dua buah keluarga di Kampung Melayu Kepong pada 31 Mac lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia