Utusan Borneo (Sabah)

Pensyarah UiTM hasilkan PPE untuk petugas barisan hadapan

-

SHAH ALAM: Kesibukan mengajar dan melakukan kerja pentadbira­n tidak menghalang tujuh pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menghasilk­an peralatan perlindung­an diri (PPE) untuk kegunaan petugas perubatan dalam mengendali­kan pesakit COVID-19.

Kumpulan yang diketuai Dr Rose Dahlina Rusli itu mula menghasilk­an PPE sejak Isnin lepas dan sehingga kelmarin, sebanyak 500 helai pakaian berkenaan diagihkan beberapa hospital sekitar Lembah Klang.

Menurut pensyarah kanan di fakulti itu, idea menghasilk­an PPE untuk petugas perubatan timbul selepas melihat video tular di laman sosial memaparkan ramai jururawat terpaksa menjahit sendiri PPE untuk kegunaan mereka.

Meskipun terikat dengan jadual kuliah secara dalam talian, beliau dan rakanrakan­nya tetap berusaha membahagik­an masa malah sanggup mengerah keringat memotong serta mengukur material khas untuk menghasilk­an PPE di bengkel jahitan fakulti berkenaan setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 3 petang.

“Di sini kita hanya memotong material untuk menghasilk­an PPE kerana peralatan yang ada di sini boleh memotong bahan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.

“Material yang sudah dipotong mengikut ukuran, kita akan agihkannya kepada 51 tukang jahit sukarelawa­n terdiri daripada alumni UiTM, pemilik butik dan tukang jahit persendiri­an di sekitar kawasan ini untuk dijahit.

“Apabila siap, kita kumpulkan dan agihkan kepada Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan sebuah hospital swasta di sini yang memerlukan PPE melalui syarikat penghantar­an,” katanya kepada Bernama di sini.

Rose Dahlina berkata material yang digunakan untuk menghasilk­an PPE berkenaan adalah hasil sumbangan daripada orang ramai, badan bukan kerajaan dan Alumni UiTM sendiri.

Menurut beliau, selain hospital di Lembah Klang, pihaknya juga menerima permintaan PPE untuk hospital di Perak dan Kedah, justeru pihaknya meminta kerjasama kampus cawangan UiTM Sri Iskandar, Perak untuk turut serta dalam kerja kebajikan berkenaan.

“Dengan kerjasama kampus cawangan yang turut mempunyai kemudahan sama seperti di sini, PPE yang telah siap akan lebih cepat diagihkan kepada hospital di negeri terlibat berbanding jika ia dihasilkan di Shah Alam,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBERSIHA­N BADAN:
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan proses pembersiha­n badan ke atas petugas Rescue Bencana Malaysia yang melakukan proses penyahkuma­n atau disinfeksi di Kompleks Perhentian Kajang sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19, Kajang, semalam.
— Gambar Bernama PEMBERSIHA­N BADAN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan proses pembersiha­n badan ke atas petugas Rescue Bencana Malaysia yang melakukan proses penyahkuma­n atau disinfeksi di Kompleks Perhentian Kajang sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19, Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia