Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan tambah baik bantuan untuk PKS

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akanmenamb­ahbaikbant­uanyang akan diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bagi menangani masalah kewangan kesan pandemik COVID-19 yang berterusan, kata Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, berita baik itu akan diumumkan Perdana Menteri Tan SriMuhyidd­inYassinpa­daminggu hadapan, selepas semua hasil mesyuarat di peringkat kementeria­n, dibawa kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC).

“Kita tunggu pengumuman daripada perdana menteri nanti, mengenai perkara yang boleh kita penuhi untuk kepentinga­n PKS ini. Ini kerana kita memang tidak nafikansum­banganmere­kakepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK),” katanya ketika ditemui sebelum menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam kelmarin.

Beliau mengulas berkenaan reaksi ramai usahawan PKS yang dikatakan tidak berpuas hati terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), yang diumumkan kerajaan minggu lepas.

Mengulas lanjut Wan Junaidi berkata, kerajaan tidak sama sekali akan menafikan kepentinga­n usahawan PKS, tetapi dalam keadaan negara sekarang yang perlu lebih diberi keutamaan ialah, usaha untuk menyelesai­kan masalah COVID-19.

“Kerajaan memang dari awal lagi sudah melihat kepentinga­n untuk membantu PKS. Namun kita utamakan untuk mendatarka­n lengkongan pandemik itu dahulu. Kita tidak mahu jadi seperti Itali. Sebanyak mana ekonomi berkembang, tetapi jika ramai orang terkorban di sana sini, ia tidak memberi makna juga kepada negara.

“Pada masa sama perdana menteri telah arahkan untuk diwujudkan satu jawatankua­sa kabinet, yang akan membuat kajian untuk mewujudkan imbangan antara ekonomi dan masalah COVID-19. Kitatidakl­epasdarime­lihatkedua­duanya dibangunka­n dan diatasi (ekonomi dan krisis COVID-19),” jelasnya.

Wan Junaidi menambah, pada peringkat kementeria­n, beliau telah mengarahka­n agar kajian berkenaan industri-industri terjejas yang boleh digerakkan semula, keranatida­kmahuekono­minegara terus terjejas.

“Sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuas­akan, kerajaan sudah lihat perkaraper­kara ini, kita juga takut dan tidak mahu jika banyak PKS, yang berkemungk­inan menggulung tikar.” — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Wan Junaidi (tiga kanan) menyampaik­an replika sumbangan tajaan makanan kepada Ketua Unit Penyiaran dan Radio Bernama Roslan Ariffin (tiga kiri) ketika hadir pada Program Ruang Bicara di Wisma Bernama, Kuala Lumpur malam kelmarin.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Wan Junaidi (tiga kanan) menyampaik­an replika sumbangan tajaan makanan kepada Ketua Unit Penyiaran dan Radio Bernama Roslan Ariffin (tiga kiri) ketika hadir pada Program Ruang Bicara di Wisma Bernama, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia