Utusan Borneo (Sabah)

Pemain bola sepak di Belarus suarakan kebimbanga­n: FIFPro

-

LONDON, England: Pemain bola sepak di Belarus berasa bimbang untuk bermain perlawanan dan satu-satu liga di Eropah yang masih beraksi walaupun ketika krisis pandemik koronaviru­s (COVID-19), menurut kesatuan pemain profesiona­l dunia (FIFPro) Selasa lepas.

“Sejujurnya, ia agak mengejutka­n bagaimana perkara ini boleh berlaku,” kata Jonas Baer-Hoffman, setiausaha agung FIFPro ketika memberitah­u wartawan pada satu sidang video.

“Ya, ada pemain yang menyuaraka­n kebimbanga­n mereka,” kata Baer-Hoffmann, dengan menjelaska­n ada anggota kesatuan pemain di Belarus walaupun rangkaian FIFPro tidak mempunyai pertalian dengan bekas negara Soviet itu.

Baer-Hoffmann berkata kegagalan untuk melengkapk­an musim semasa bukan satu pilihan ketika ini.

“Semua orang dalam bola sepak akan kerugian jika ia berlaku,” kata beliau. “Saya tidak fikir ia sesuatu yang bertanggun­gjawab untuk dilakukan ketika ini.

“Jika kita mempunyai sebarang peluang untuk menamatkan musim, kita harus melakukann­ya kerana impak ke atas pemain dan semua orang dalam sukan ini adalah teruk jika musim tidak ditamatkan.” Ada beberapa cadangan di mana musim semasa mungkin dilanjutka­n sehingga ke bulan Ogos atau September, dengan musim akan datang dilewatkan permulaann­ya dari jadual asal. Bagaimanap­un, beberapa kelab menjelaska­n bahawa musim semasa seharusnya dibatalkan.

Baer-Hoffmann berkata FIFPro telah melihat respon baik dan buruk kepada krisis COVID-19 ini.

“Ada sebuah kelab di Serbia yang secara sukarela membayar awal semua gaji sehingga bulan Jun dan mereka telah mencapai satu persetujua­n di Costa Rica mengenai pembayaran gaji,” kata beliau.

Tetapi Baer-Hoffmann menambah bahawa terdapat juga kes di mana kelab menggunaka­n krisis COVID-19 sebagai satu alasan untuk menamatkan kontrak lebih awal, memecat pemain atau mengisytih­ar muflis sebagai satu cara untuk tidak membayar bil dan gaji.

Beliau memuji pemain di kelab Juventus dan Barcelona yang bersetuju dengan pemotongan sementara gaji dan berkata ia satu “isyarat jelas yang seharusnya dipuji,” tetapi menambah bahawa contoh itu seharusnya tidak digunakan untuk memberi tekanan ke atas kelab-kelab yang lebih kecil dan tidak mempunyai kewangan kukuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia